[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Kapal mewah 'Equanimity' tiba di Pelabuhan Klang

Astro Awani 07/08/2018 | 04:33 MYT
Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Gambar fail
Kapal persiaran mewah 'Equanimity' sudah tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar jam 12.25 tengah hari ini.
Kapal tersebut yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low telah tiba selepas berlepas dari pelabuhan Batam sejak petang semalam.
Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Kapal Equanimity dijangka tiba di Pelabuhan Klang tengah hari ini
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas bantuan beliau untuk mengembalikan kapal 'Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Equanimity #Indonesia #Joko Widodo #Mahathir Mohamad #Pelabuhan Klang