MALAYSIA
Kapal Sumud Nusantara diserang dron, tiada kemalangan jiwa
Berita mengenai kejadian diserang dron dimaklumkan PU Rahmat melalui akaun media sosial beliau pagi ini.
SEBUAH kapal yang membawa peserta misi Sumud Nusantara dilaporkan diserang dron hingga menyebabkan kebakaran di Tunisia, dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Namun, menurut Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, salah seorang peserta misi kemanusiaan itu, kejadian itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Salah satu kapal laut kami diserang dron dan terbakar. Semua bertenang kerana tiada kemalangan jiwa," maklum beliau menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
"Semua rakyat Malaysia selamat," tambah PU Rahmat dalam kemas kini terbarunya yang turut berkongsi video kebakaran kapal.
PU Rahmat antara 15 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran tersebut bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Misi ini adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Konvoi itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penyanyi Zizi Kirana serta pelakon Ardell Aryana.
Media sebelum ini melaporkan, mengikut perancangan asal, kesemua sukarelawan bagi GSF akan berkumpul di Tunisia sebelum menyambung pelayaran ke Gaza pada 10 September.
Sementara itu, seorang lagi peserta misi, Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman turut membuat hantaran di Instagram mengenai kejadian.
"Kapal yang dinaiki Greta, Thiago dan Yasemin dibom oleh dron ketika sedang berlabuh di Tunisia.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Doakan," tulis beliau merujuk kepada aktivis Sweden Greta Thunberg, aktivis Brazil Thiago Avila dan aktivis Jerman Yasemin Acar yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pemandu GSF.
Difahamkan, kapal yang membawa ketiga-tiga mereka ini telah sampai dan berlabuh di Tunis pada Ahad.
Kejadian serangan dron itu kemudiannya disahkan oleh GSF menerusi kenyataan di media sosial.