awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki dari Pontianak ditahan bersauh tanpa kebenaran

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
29/03/2022
09:47 MYT
Kapal tangki dari Pontianak ditahan bersauh tanpa kebenaran
Kapal tangki itu telah ditahan sekitar jam 12.35 tengah hari di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau. - Gambar/ Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki berdaftar di Pontianak, Indonesia yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Johor Timur di sini, pada Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki itu telah ditahan sekitar jam 12.35 tengah hari di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau.
"Penahanan turut melibatkan seramai 12 kru lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 46 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati ia telah bersauh sejak 25 Mac lalu.
"Kapal yang berdaftar di Pontianak itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.
"Susulan itu, nakhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran, yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kapal tangki
#Indonesia
#bersauh tanpa kebenaran
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan