awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA

Bernama
Bernama
13/04/2023
21:15 MYT
Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 malam waktu Singapura. - Foto marinetraffic.com
SINGAPURA: Pemilik SUCCESS 9, iaitu sebuah kapal tangki minyak berdaftar Singapura, masih gagal menjalin komunikasi dengan kapal terbabit yang kali terakhir dikesan berada di perairan Ivory Coast, Afrika Barat.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan media mengenai situasi terkini SUCCESS 9.
MPA pada Selasa menerima laporan bahawa SUCCESS 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali ketika berada pada kedudukan kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Abidjan, pada 10 April 2023.
Selain daripada Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia, MPA memaklumkan pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa lain di rantau itu, termasuk pihak berkuasa di Ivory Coast dan Ghana untuk mendapatkan bantuan.
"Pihak berkuasa Ivory Coast mengerah aset udara dan laut mereka ke sekitar lokasi terakhir kapal itu," menurut MPA.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 malam waktu Singapura.
"Terdapat 20 kru dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura," menurut kenyataan itu.
MPA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan pemilik kapal, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Gabungan Maklumat di Pusat Kawalan Changi untuk memantau situasi dan memberi bantuan yang diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Ivory Coast
#SUCCESS 9
#MPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan