awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal terbakar: Seorang kelasi maut, lima cedera

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2016
01:10 MYT
Kapal terbakar: Seorang kelasi maut, lima cedera
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). - Foto Astro AWANI
Seorang kelasi terbunuh manakala lima rakannya melecur akibat kejadian letupan di dalam kapal mereka ketika berada berdekatan Perairan Selat Utara, Pulau Pinang pada Isnin malam.
Menurut sumber, kejadian jam 10.45 malam itu dipercayai berlaku akibat letupan gas di bahagian enjin kapal terbabit.
Difahamkan, pihak pengurusan kapal berkenaan telah meminta bantuan dari agensi berkaitan di Pulau Pinang.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan perubatan kecemasan telah bergegas memasuki kapal tersebut sebaik ia merapati pelabuhan berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Manakala mayat mangsa yang terkorban dihantar ke hospital sama untuk tujuan bedah siasat.
Kesemua mangsa yang terlibat dipercayai warganegara asing.
Setakat ini belum dapat dipastikan maklumat lanjut mengenai kapal yang terlibat dan barangan yang dibawa oleh kapal berkenaan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
#JPAM
#letupan gambar
#perairan selat utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan