awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tunda Singapura ditahan, berlabuh tanpa kebenaran

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/10/2021
05:58 MYT
Kapal tunda Singapura ditahan, berlabuh tanpa kebenaran
Kapal tunda dari Singapura yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan oleh aset Maritim Malaysia di perairan Johor Timur, petang semalam. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Sebuah kapal tunda berdaftar dari Singapura yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Johor Timur di sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda tersebut ditahan oleh aset Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan Op Jangkar Haram di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa sekitar pukul 6.30 petang.
Menurut beliau, sewaktu pemeriksaan dilakukan, seramai 13 kru warga Filipina dan Russia berumur di antara 31 tahun hingga 48 tahun berada dalam kapal serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Nurul Hizam berkata, hasil siasatan terhadap dokumen kapal juga mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.
Susulan itu, katanya, nakhoda dan seorang kru kapal dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.
"Maritim Negeri Johor akan terus melaksanakan pemantauan bagi memastikan perairan negeri Johor bebas daripada sebarang cubaan bersauh tanpa kebenaran.
"Pemilik kapal dan nakhoda dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes tersebut, jelas beliau, akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#kapal tunda Singapura
#berlabuh tanpa kebenaran
#Maritim Malaysia
#perairan Johor Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan