KUANTAN menerima kehadiran Kapal Cutter Munro milik Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) yang tiba di sekitar perairan Laut China Selatan sejak Sabtu.
Pada Isnin, media diberi peluang untuk melawat sendiri keupayaan kapal itu yang dilengkapi pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan misi di perairan.
Selain berkebolehan mencapai kelajuan sehingga 29 knot, kapal sepanjang 127.4 meter itu mampu belayar sehingga 12,000 batu nautika.
Malah, ia turut dilengkapi helipad berserta helikopter, selain tiga bot termasuk bot pemintas jarak jauh selain dilengkapi dengan mesingan.
Kapal ini mempunyai lima bahagian iaitu operasi, kejuruteraan, sokongan, sistem pertempuran dan dek kapal dengan krew memainkan peranan penting mengikut syif bagi melancarkan pengoperasian Munro.
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana ‘kepahlawanan yang luar biasa’ ketika Perang Dunia Kedua.
Ketika Pertempuran Guadalcanal, Munro terbunuh apabila sanggup menggadaikan nyawanya selepas menggunakan botnya untuk menghalang tembakan musuh ketika membantu evakuasi 500 anggota marin.
Kapal itu mula berkhidmat secara aktif pada 1 April 2017 dengan misi utama menjaga pertahanan, membanteras antaranya penyeludupan dadah, penguatkuasaan undang-undang, mencari dan menyelamat (SAR) serta penguatkuasaan perikanan.
Kapal jenis National Security Cutter (NSC) itu tiba di negara ini bagi menjalani latihan secara bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selain mengeratkan lagi kerjasama keselamatan maritim antara AS dan Malaysia.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, latihan itu bertujuan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan kedua-dua negara dalam pelbagai aspek berkaitan penguatkuasaan maritim dan keselamatan laut di rantau ini.
"Latihan ini meliputi tiga cabang iaitu perundangan, SAR serta kebakaran. Ia merupakan contoh kerjasama erat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi.
"Kerjasama antara Maritim Malaysia dan USCG adalah satu langkah proaktif dalam meningkatkan keselamatan dan keamanan perairan," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di atas kapal USCGC Munro.
Turut hadir, Kuasa Usaha (Charge d’Affaires) Kedutaan Amerika Syarikat, Manu Bhalla dan Pegawai Memerintah USCG Munro, Kapten Rula F. Deisher.
Selain latihan, lawatan di atas kapal USCG Munro itu turut memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia terhadap aspek kesiapsiagaan dan operasi penguatkuasaan maritim.
Aminuddin berkata dua pegawai Maritim Malaysia turut diberi peluang untuk menyertai latihan di atas kapal bersama USGC Munro yang bertujuan untuk mendedahkan pegawai terhadap ilmu kelautan dan navigasi yang lebih mendalam.
Katanya, ia akan memberi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara Maritim Malaysia dan USCG dalam pembangunan kapasiti selain meningkatkan koordinasi bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara.
Dua pegawai tersebut adalah Pegawai Memerintah KM Sibuan, (MN Johor), Leftenan Maritim Nur Hasif Bakhtiar dan Pegawai Operasi KM Pekan, (MN) Pahang, Leftenan Maritim Muhammad Adlin Shukri yang akan belayar bersama kapal itu melalui Thailand dan Singapura.
Dalam pada itu, Bhalla berkata lawatan Munro merupakan contoh perkongsian kukuh AS dan Malaysia mengenai keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang.
Katanya, kerjasama itu penting dalam kesedaran domain maritim selain memerangi penangkapan ikan haram yang tidak terkawal dan penyeludupan haiwan hidupan liar.
Faliq Lajim
Tue Aug 29 2023
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua. - Gambar Astro AWANI/Faliq Lajim
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.