MALAYSIA
Kapasiti pelayan BUDI95 10 kali ganda lebih pantas berbanding SARA
Sistem bantuan subsidi MADANI RON95 (BUDI95) dibangunkan dengan kepantasan dan kapasiti pelayan jauh lebih tinggi berbanding Sistem Aplikasi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus memastikan proses permohonan dan pembayaran berjalan lancar.
PUTRAJAYA: Sistem bantuan subsidi MADANI RON95 (BUDI95) dibangunkan dengan kepantasan dan kapasiti pelayan jauh lebih tinggi berbanding Sistem Aplikasi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus memastikan proses permohonan dan pembayaran berjalan lancar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SARA hanya mampu memproses sekitar 3,000 transaksi seminit, manakala pelayan BUDI95 berupaya memproses lebih 30,000 transaksi seminit, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi.
"SARA mampu memproses 3,000 transaksi seminit, tetapi server (pelayan) BUDI95 boleh menguruskan lebih 30,000 transaksi dalam tempoh sama," katanya ketika berucap ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan harga petrol RON95 pada kadar RM2.60 seliter di Malaysia masih yang paling rendah di rantau ini berbanding Singapura (RM9) dan Thailand (RM4).
"Kalau kita turunkan harga untuk semua, termasuk warga asing, mereka juga akan dapat faedah. Itu tidak adil kerana tanggungjawab kerajaan adalah kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai," katanya.
Katanya, warga asing yang berdaftar dengan kenderaan Malaysia masih menikmati harga relatif murah, manakala kenderaan luar negara dikenakan bayaran sehingga RM9.70 seliter.
Jelasnya lagi, sistem berasaskan MyKad itu penting bagi mengelakkan ketirisan kepada warga asing yang turut mwenikmati harga subsidi sebelum ini.
"Bila kita turunkan harga untuk warganegara, kita perlu tentukan siapa warganegara. Kalau tidak, orang lain dapat. Warga asing bukan rakyat kita, tidak bayar cukai seperti kita. Jadi mereka tidak layak harga subsidi.
Isnin lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter hanya untuk warganegara, berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah BUDI95.
Semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dan berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu.
Pelaksanaan BUDI95 dibuat secara berperingkat bermula 27 September membabitkan anggota polis dan tentera, disusuli penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September.
Pada 30 September pula, program itu akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.