MALAYSIA
Kapasiti terminal SARA ditingkatkan 60 peratus
Kredit RM100 Penghargaan SARA sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yayasan MyKasih telah meningkatkan kapasiti pemprosesan terminal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak 60 peratus bagi memastikan kelancaran transaksi sumbangan berkenaan di seluruh negara.
Yayasan itu dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan pasukan teknikal MyKasih akan terus memantau prestasi sistem secara aktif dan mengambil tindakan segera bagi menambah baik keupayaan sistem secara berterusan.
"Sehingga 5 petang ini, hampir 600,000 transaksi berjaya disempurnakan, peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah transaksi pada waktu sama semalam.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan transaksi Penghargaan SARA dan SARA dalam tempoh dua hari ini mencecah 1.45 juta, melibatkan perbelanjaan rakyat sebanyak RM91 juta di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Yayasan MyKasih bagaimanapun memaklumkan kadar pemprosesan transaksi yang perlahan masih dilaporkan di beberapa lokasi, khususnya di Selangor, Perak, Sabah dan Melaka.
"Keadaan ini mungkin berpunca daripada jumlah pembeli yang tinggi sempena cuti hujung minggu yang panjang. Staf MyKasih telah ditempatkan di pasar raya besar terpilih bagi membantu menyelesaikan isu di lapangan dan memberikan sokongan kepada para peniaga," menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pada waktu pagi hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.
Kredit RM100 Penghargaan SARA sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
-- BERNAMA