MALAYSIA
Karakter adiwira pacu minat belia terhadap TVET - Yayasan Mahir Malaysia
P. Sri Ganes, berkata pendekatan kreatif berasaskan visual, naratif dan gamifikasi kini menjadi keperluan dan bukan pilihan. - Foto SGC
KUALA LUMPUR : Mengintegrasikan elemen budaya pop seperti karakter adiwira berpotensi menjadi antara strategi komunikasi paling berkesan untuk menarik minat generasi muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), menurut Yayasan Mahir Malaysia.
Presidennya, Datuk P. Sri Ganes, berkata pendekatan kreatif berasaskan visual, naratif dan gamifikasi kini bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam mendekati pelajar yang terdedah kepada kandungan digital dan hiburan interaktif.
“Generasi hari ini membesar dengan permainan video, anime dan dunia penceritaan.
"Jika TVET disampaikan dalam format yang selari dengan budaya mereka, persepsi bahawa TVET adalah laluan kelas kedua dapat diubah dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pendekatan ini diperlihatkan dalam Majlis Konvokesyen ke-11 SG TVET Group – Wira TVET baru-baru ini, apabila SG TVET Group melancarkan enam karakter adiwira dikenali sebagai Wira TVET, masing-masing mewakili bidang kemahiran berbeza:
- Aero Wira – Skybyte (dron)
- Mecha Wira – Torque (mekatronik)
- Volt Wira – ChargeR (kenderaan elektrik)
- Chef Wira – Flamebatik (hospitaliti)
- Tech Wira – Cipher (teknologi maklumat)
- Media Wira – PixelRaya (media digital dan kreatif)
Majlis itu turut menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Tindaro Danze, menyampaikan sijil kepada pelatih yang menamatkan program pensijilan automasi industri dan mekatronik hasil kerjasama SG TVET–Siemens Malaysia.
Menurut Sri Ganes, pendidikan berasaskan kemahiran perlu diposisikan sebagai sesuatu yang aspiratif, bukan sahaja relevan dengan ekonomi digital, malah membawa nilai kepahlawanan moden melalui penguasaan kemahiran teknikal.
“Kalau industri teknologi boleh menggunakan pendekatan kreatif, TVET juga perlu bergerak ke arah yang sama untuk kekal kompetitif,” ujarnya.
Dalam majlis sama, platform NEXUS Kerjaya TVET turut dianjurkan, menghimpunkan lebih 13 rakan industri yang menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan dan latihan industri kepada pelajar serta graduan.