awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim

Bernama
Bernama
29/10/2020
05:10 MYT
Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
ABDUL AZIZ: Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat keamanan negara mahupun dunia. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Umat Islam di Malaysia dinasihati agar berhati-hati dalam sebarang tindak balas menangani isu karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW sehingga melakukan sesuatu di luar batasan agama dan undang-undang.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.
Beliau berkata Islam yang dibawa Rasulullah SAW membawa kedamaian dengan perintah Allah dalam al-Quran menganjurkan kedamaian, larangan menumpahkan darah tanpa hak dan tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
"Sesungguhnya Islam melarang umatnya melakukan kerosakan, kejahatan, kemungkaran, kekerasan, kezaliman sama ada sesama Islam atau dengan bukan Islam.
"Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat keamanan negara mahupun dunia," katanya menerusi kenyataan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini.
Menurut laporan media, pada 16 Oktober lalu seorang guru di pinggir kota Paris, Perancis dipenggal kepalanya setelah menunjukkan beberapa karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan dalam Charlie Hebdo kepada pelajarnya.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata Jakim juga kesal dengan tindakan provokatif karikatur Nabi Muhammad SAW yang dicetuskan oleh akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.
"Isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan apatah lagi di saat umat Islam di seluruh dunia kini meraikan Rabiulawal bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz mengumumkan secara maya Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican dipilih sebagai penerima Anugerah Utama Semarak Cinta Rasul SAW1442H/2020M.
Anugerah tersebut diberikan berdasarkan jasa beliau memberi bantuan kebajikan dan menaik taraf masjid serta surau di negara Islam serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karikatur nabi
#Nabi Muhammad SAW
#agama
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Abdul Aziz Jusoh
#Charlie Hebdo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan