MALAYSIA
Karnival Ban Canal 2025 pacu pelancongan lestari Sabak Bernam
Penganjuran Karnival Ban Cannal 2025 langkah strategik perkenalkan keunikan warisan pertanian dan ekologi negeri kepada dunia. - Sabak Bernam Development Area (SABDA)
SABAK BERNAM: Karnival Ban Canal 2025 kembali dengan lebih meriah, menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan alam sekitar, budaya dan warisan pertanian dalam usaha memperkukuh pelancongan lestari di Sabak Bernam. Acara selama tiga hari bermula 7 hingga 9 November.
Karnival itu merupakan antara projek utama di bawah Sabak Bernam Development Area (SABDA) yang diterajui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) – MBI bersama rakan strategik dan telah meraih pengiktirafan sebagai ‘Best Tourism Event’ dalam Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Malaysia International Tourism Development Association (MITDA).
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, penganjuran itu adalah langkah strategik memperkenalkan keunikan warisan pertanian dan ekologi negeri kepada dunia.
“Melalui inisiatif ini, kita berharap dapat memanfaatkan potensi ekopelancongan dan agropelancongan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara mampan serta memperkukuh kesejahteraan komuniti desa,” katanya.
Karnival yang bertemakan “Alam. Budaya. Lestari.” turut menyokong aspirasi menjadikan Sabak Bernam sebagai Rizab Biosfera UNESCO, sejajar dengan komitmen negeri terhadap pembangunan hijau.
Terusan Ban sepanjang 30 kilometer yang dibina sejak era penjajahan British kini diangkat sebagai simbol warisan sejarah dan ekologi daerah. Pelbagai program menarik turut diadakan termasuk persembahan kebudayaan, sukan air, Larian Santai @Bendang, festival makanan, pameran agro dan eko-tani serta kempen kesedaran hijau.
Sementara itu, Exco Pembangunan Desa, Datuk Rizam Ismail menyifatkan karnival ini sebagai manifestasi semangat komuniti Sabak Bernam dalam mengekalkan warisan dan memajukan ekonomi setempat.
“Saya percaya sasaran 20,000 pengunjung tahun ini akan memberi limpahan manfaat ekonomi kepada masyarakat tempatan serta membuka lebih banyak peluang keusahawanan,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Datuk Ts. Saipolyazan M. Yusop berkata, inisiatif ini sejajar dengan komitmen MBI dalam memperkukuh agenda pembangunan wilayah luar bandar secara mampan dan inklusif.
Karnival Ban Canal 2025 turut menekankan empat objektif utama iaitu Kelestarian Ekonomi dan Alam Sekitar, Pemeliharaan Warisan Budaya, Pemuliharaan Biodiversiti dan Pemberdayaan Komuniti.
Penganjuran ini melibatkan kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi tempatan, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh tadbir urus inklusif ke arah pembangunan mampan.