awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember

Bernama
Bernama
04/12/2023
22:15 MYT
Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
KPDN dalam kenyataan memaklumkan acara tahunan itu yang membabitkan 100 pempamer pelbagai produk tradisional dan inovasi moden. - Foto Facebook/Kempen Beli Barangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.
KPDN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan acara tahunan itu yang membabitkan 100 pempamer pelbagai produk tradisional dan inovasi moden, akan menjadi platform penting buat peniaga untuk mengetengahkan produk serta mengembangkan jalinan dan berkolaborasi dengan rakan strategik yang berpotensi.
"Pengunjung berpeluang meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia dan ini adalah peluang yang baik bagi pengguna untuk menemukan produk baharu di samping menyokong perniagaan produk tempatan serta berbangga dengan warisan negara.
"Antara objektif utama yang ingin disampaikan adalah produk tempatan bukan sahaja mempunyai kualiti bertaraf dunia tetapi juga mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti Karnival Barangan Malaysia 2023, orang ramai boleh melayari Facebook Kempen Beli Barangan Malaysia, Instagram @kempenbelibaranganmalaysia, X @KBBMKPDN, TikTok @kbbm_my dan YouTube @kempenbelibaranganmalaysia2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#rakan strategik
#produk tempatan
#bertaraf dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan