MALAYSIA
Karnival CIMIC sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92
Mengangkat tema “CIMIC Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara", karnival ini dianjurkan selama dua hari dan menyasarkan kehadiran lebih 200 ribu pengunjung sekitar Kuantan. - Gambar Kementerian Pertahanan Malaysia
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah merasmikan Karnival-Civil Military Cooperation (CIMIC) sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Mengangkat tema “CIMIC Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara", karnival ini dianjurkan selama dua hari dan menyasarkan kehadiran lebih 200 ribu pengunjung sekitar Kuantan. Terdapat pelbagai pengisian menarik disediakan termasuklah Demonstrasi Dinamik, Persembahan Anjing Perang oleh Tentera Darat Malaysia (TDM), Persembahan Band dan Pancaragam Pusat Tentera Darat dan TLDM, Persembahan Kawad Senyap oleh anggota TLDM serta persembahan kesenian daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara.
Turut dipamerkan kepada pengunjung adalah aset-aset ketenteraan yang dimiliki oleh ketiga-tiga perkhidmatan ATM serta reruai untuk dilawati termasuk maklumat berkaitan kerjaya dalam ATM dan badan-badan keselamatan lain. Selain itu, Menteri Pertahanan juga menyampaikan sebanyak 500 buah Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian dan 100 hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuk motosikal, televisyen pintar dan peralatan elektrik kepada pengunjung Karnival yang hadir semasa Karnival berlangsung.
Konsep CIMIC atau kerjasama awam–tentera yang digerakkan oleh MINDEF merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh konsep pertahanan menyeluruh (comprehensive defence) melalui jalinan erat di antara rakyat dan anggota tentera.
Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan yang menekankan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama menerusi prinsip Whole of Government, Whole of Society (WOGOS).
Turut hadir ke karnival ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain;
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM; Pegawai Kanan Agensi Awam dan Penguat kuasa.