JASIN: Acara Karnival D'Bendang berpotensi dianjurkan secara tahunan sebagai platform mempromosi agro-pelancongan di Sungai Rambai di sini, terutama sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata ini memandangkan lokasi dan tarikan yang ada kawasan itu, sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi, yang lazimnya terdapat di Kedah, Perlis atau Kuala Selangor.
"Lebih menarik kita mendapat kerjasasama dengan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, untuk sama-sama mempromosikan dan menjadikan Karnival D'Bendang sebagai acara tahunan," katanya ketika di temui di karnival tersebut di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai di sini pada Sabtu.
Siti Faizah berkata bagi acara yang julung kalinya diadakan itu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada lebih 50 agensi dan kementerian, serta 60 usahawan dan pengusaha dalam bidang agro bagi menjayakan karnival yang disasarkan menarik hampir 8,000 pengunjung, sepanjang tiga hari penganjurannya yang bermula Jumaat.
Beliau berkata pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah pameran arca jerami, pertandingan Ratu Bendang, pertandingan memancing Raja Puyu, Gusti Lengan, saringan kesihatan, pameran dari agensi seperti Perkeso, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan serta program Jualan Rahmah.
"Arca jerami, kita mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, yang mana 65 pelajar Fakulti Seni Halus turun padang selama enam hari untuk bersama-sama pesawah di sini, membina lebih 10 arca jerami daripada hampir 50 tan jerami yang memaparkan replika simbolik dengan agro seperti kerbau, orang-orangan, terowong dan penyu," katanya.
Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata kerjasama yang dijalinkan bersama Fakulti Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun lepas dalam bidang kajian pembiakan benih hasil ternakan laut, bakal membuka peluang menjadikan Sungai Rambai sebagai pengedar dan pengeluar terbesar negara bagi produk tersebut.
"Kita juga ada memohon geran dan Alhamdulilah kita telah memperolehinya untuk fasa pertama dan esok kita akan adakan penyerahan sampel benih ketam yang bernilai RM200,000.
"Selain menyasarkan sebagai pengeluar benih hasil ternakan laut terbesar, kita juga mahu golongan anak muda B40 terlibat dalam projek ini, kerana mahu memberi mereka peluang memperoleh kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berkaitan bidang pertanian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah pameran arca jerami, pertandingan Ratu Bendang, pertandingan memancing Raja Puyu, Gusti Lengan, saringan kesihatan dan pameran. - Gambar Bernama
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Chef Wan mohon maaf, kenyataan disalah anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.
Pelajar tidak duduki SPM dipelawa mohon GiatMARA
Pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dipelawa memohon latihan di GiatMARA.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
'My Translate', terjemahan pintar buatan tempatan
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PADA RABU, memeterai memorandum persefahaman (MoU), bagi membangunkan sistem terjemahan pintar dikuasakan kecerdasan buatan (AI), 'MyTranslate'.
Singapura jamin beri kerjasama kepengerusian ASEAN 2025
Singapura memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysian pada tahun depan.
Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin
John Swinney juga mahu UK henti penjualan senjata kepada Israel.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Lebih sebulan puluhan ribu pelajar di selatan Brazil tidak melihat bilik darjah mereka selepas banjir besar menenggelamkan beberapa buah sekolah dan menjadikan yang lain sebagai tempat perlindungan.
Perkara itu dikhuatiri menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan mental mereka.
Perkara itu dikhuatiri menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan mental mereka.
Iran namakan jalan, lebuhraya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Majlis bandar raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Karnival D'Bendang jadi platform promosi agro-pelancongan di Sungai Rambai
Lokasi dan tarikan di kawasan itu sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi.