MALAYSIA
Karnival Kerjaya MyFutureJobs Premium X SPA 2025 di KLCC November ini
Ahmad Jailani bercakap pada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Karnival Kerjaya MADANI SPA yang berlangsung sehari di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Karnival Kerjaya MYFutureJobs Premium X SPA 2025 akan diadakan pada November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Ringkasan AI
Beliau berkata karnival berkenaan adalah acara kemuncak dalam kalendar aktiviti SPA dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Pada Februari lepas kita (SPA) telah adakan karnival ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan Kapit, Sarawak serta Kudat, Sabah pada April, manakala di Putrajaya hari ini.
"Insya-Allah di Melaka pada 17 Ogos ini kemudian di KLCC adalah grand finale kita untuk tahun ini iaitu pada November. Saya ambil kesempatan ini untuk menguar-uarkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Karnival Kerjaya MADANI SPA di sini hari ini.
Karnival kerjaya itu bertujuan meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap peluang permohonan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya khidmat nasihat berkaitan pengambilan dalam perkhidmatan awam, semakan status permohonan serta kesesuaian jawatan.
Sementara itu, Ahmad Jailani berkata Karnival Kerjaya MADANI SPA yang berlangsung sehari itu berjaya menarik kehadiran sebanyak 3,000 pengunjung pada sebelah pagi tadi.
"Sasaran kita 5,000 pengunjung, tetapi pagi tadi sudah cecah 3,000 dan saya yakin petang nanti jumlahnya akan meningkat," katanya.
Beliau berkata antara kelainan karnival kali ini ialah mengadakan sesi temu duga terbuka bagi jawatan Pegawai Veterinar Gred GV9 yang menyasarkan siswazah semester akhir bidang veterinar atau sains veterinar dan pegawai dalam perkhidmatan yang memenuhi syarat skim.
Ahmad Jailani berkata calon menghadiri sesi temu duga terbuka itu akan diberikan taklimat Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) termasuk ujian psikometrik.
"Kita buka kepada mereka yang layak untuk ditemu duga hari ini. Ini pembaharuan yang kita buat," katanya.
Beliau berkata karnival itu turut menerima kehadiran pengunjung orang kurang upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada golongan itu mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan mereka.
"Hal ini selari dengan usaha SPA dalam mencapai sasaran satu peratus penyertaan golongan OKU dalam sektor perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Karnival Kerjaya MYFutureJobs Premium X SPA 2025 akan berlangsung di KLCC pada November, sebagai acara kemuncak tahun ini hasil kerjasama SPA dan Perkeso.
- Temu duga terbuka dan taklimat PSEE ditawarkan, termasuk jawatan seperti Pegawai Veterinar Gred GV9 dan Pengajar Gred U9, bagi siswazah dan pegawai sedia ada yang layak.
- Peluang pekerjaan turut disediakan untuk golongan OKU, selari dengan sasaran SPA untuk capai 1% penyertaan dalam sektor awam, serta lebih 10,000 jawatan ditawarkan termasuk gaji sehingga RM16,000 sebulan.