Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Karnival KPDN 2025: Rai usahawan, hiburkan orang ramai

Malekah Aisyah 21/11/2025 | 11:15 MYT
Juruacara di sekitar Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan KBBM Zon Tengah. - Foto KPDN
SHAH ALAM: Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah menutup siri jelajah tahunan KPDN dengan penganjuran paling besar setakat ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Ringkasan AI
  • Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah menutup siri jelajah tahunan KPDN dengan penganjuran paling besar setakat ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
  • Diadakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 November, karnival ini menghimpunkan pelbagai inisiatif kepenggunaan, sokongan produk tempatan, Jualan RAHMAH MADANI serta hiburan untuk seisi keluarga selari dengan tema "Ikhtiar KITA Untuk Semua".
  • Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata karnival ini memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami peranan kementerian melalui pengisian yang merangkumi aktiviti kepenggunaan, pameran produk tempatan serta khidmat pelbagai agensi di bawah satu bumbung.


Diadakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 November, karnival ini menghimpunkan pelbagai inisiatif kepenggunaan, sokongan produk tempatan, Jualan RAHMAH MADANI serta hiburan untuk seisi keluarga selari dengan tema “Ikhtiar KITA Untuk Semua”.

Antara jenama yang menyertai Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah, Chef Ustazah ketika mempromosikan produk. - Foto KPDN


Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata karnival itu memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami peranan kementerian melalui pengisian yang merangkumi aktiviti kepenggunaan, pameran produk tempatan serta khidmat pelbagai agensi di bawah satu bumbung.

“Kita ada program Payung Rahmah, Jualan Rahmah besar-besaran, Menu Rahmah dan reruai terpanjang Kempen Beli Barangan Malaysia.

“Selain itu, kita juga bawa jenama-jenama besar Malaysia seperti Petronas, Todak, Al-Ikhsan dan Top Malaysia yang datang menyokong inisiatif KPDN untuk membantu meningkatkan ekonomi tempatan,” katanya ketika ditemui di Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah, di sini, pada Jumaat.

Menurut Mohd Zuhairi, lebih 62 usahawan tempatan dan 16 jenama besar dari seluruh negara turut mengambil bahagian, menj menjadikan acara ini antara yang paling meriah sepanjang siri jelajah.

“Karnival ini bukan sekadar medan jualan, sebaliknya platform memberi kesedaran tentang kepentingan menyokong produk tempatan.

“Barangan-barangan Malaysia sebenarnya sangat berkualiti tetapi kadangkala pengguna masih mementingkan barangan luar.

“Jadi, kita memberi kesedaran bahawa wujudnya barangan Malaysia yang berkualiti, murah dan halal untuk kegunaan harian,” katanya.

Inisiatif Jualan Rahmah merupakan salah satu sorotan utama dan paling mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung kerana kualiti barangan yang baik namun pada harga sangat berpatutan. - Foto KPDN


Selain memperkukuh ekonomi domestik, acara ini turut menyokong pembangunan usahawan tempatan melalui pendedahan berskala besar serta peluang menjalin kerjasama baharu.

Tahun ini, waktu operasi karnival dilanjutkan sehingga 11 malam bagi menampung sambutan luar biasa dan aktiviti tambahan dan pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai advokasi kepenggunaan, khidmat nasihat, pameran perkhidmatan serta pendaftaran yang melibatkan ReDI, Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH, aplikasi Price Catcher dan SSM.

Di bahagian jualan pula, sebanyak 62 usahawan tempatan mempromosikan produk masing-masing, termasuk jenama popular seperti Kristy Ng, Farm Fresh dan Fipper.

Segmen automotif turut menampilkan tiga gergasi tempatan Proton, Perodua dan lain-lain.

Di pentas utama, pengunjung berpeluang mengikuti sesi pocket talk oleh KPDN dan agensi kerajaan, selain persembahan artis seperti InTeam, Dato’ Fransisca Peter, Ara Johari, Hael Husaini, Drama Band, SOG, New Village Band dan Rahmat Mega. Persembahan buskers, sesi Kahoot, pertandingan Art Battle, Explorasi Mini, pertandingan mewarna, Bicara Berirama serta sesi Meet & Greet Didi & Friends turut menarik minat pelbagai lapisan umur.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dengan tema “Jom Beli Lokal” kekal menjadi agenda utama jelajah, berteraskan matlamat mengubah persepsi pengguna serta memperkukuh kedaulatan ekonomi domestik. Melalui pendekatan whole-of-nation, kempen ini menggalakkan sokongan terhadap produk tempatan merentasi sektor kerajaan, swasta, NGO dan platform e-dagang.

Pengunjung menikmati pelbagai tawaran barangan lokal. - Foto KPDN


Penyertaan usahawan dalam jelajah ini dilihat sebagai peluang besar untuk meningkatkan jualan segera, membina rangkaian baharu serta memperkenalkan produk secara bersemuka kepada ribuan pengunjung. Bagi ramai usahawan kecil yang sebelum ini bergantung kepada jualan dalam talian, karnival ini menjadi titik permulaan kepada pendedahan dan keyakinan yang lebih besar.

Orang ramai di seluruh Lembah Klang dijemput hadir ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam dari 21 hingga 23 November. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Jelajah Karnival KPDN 2025, ikuti sosial media tertera: Jom kita sama-sama memeriahkan Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Tengah!

Peniaga atau usahawan barangan juga boleh mempromosikan barangan menerusi platform TikTok Shop di reruai TikTop Shop sebagai salah satu langkah memperkasa platform e-dagang negara. - Foto KPDN





#Karnival KPDN 2025 #Jualan Rahmah MADANI #usahawan #produk tempatan