GADGETS
Karnival XP Day 2025 perkukuh visi Todak Academy sebagai hab pendidikan digital berteraskan industri
Mohamad Taufik berucap pada acara pembukaan Karnival XP Day 2025 di Cyberjaya, pada Sabtu. - Gambar ihsan Todak Academy
CYBERJAYA: Todak Academy Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan digital dengan penganjuran Karnival XP Day 2025, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pendidikan, teknologi kreatif dan latihan industri menerusi platform holistik.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Taufik Rizal, XP Day bukan sekadar acara tahunan biasa, sebaliknya, ia merupakan refleksi visi institusi itu bagi membina bakat digital masa depan melalui konsep pembelajaran digital yang praktikal, kreatif dan berpaksikan teknologi mampan.
“Kita menyediakan program-program latihan utama seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang 3D Animasi dan Pembangunan Permainan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Kandungan Kreatif Digital dan 3D Animasi.
“Umur yang boleh mengikuti program di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah daripada 16 tahun hingga 35 tahun.
“Sasaran utama Todak Academy adalah kepada golongan belia yang ingin fokus kepada kemahiran ataupun praktikal kerana di Todak Academy kita mengamalkan 70 peratus pembelajaran praktikal manakala 30 peratus lagi adalah teori.
“Kami juga ingin menyuntik semangat dalam kalangan belia yang cenderung meminati bidang kreatif untuk menonjolkan bakat sekaligus menghapuskan stigma orang ramai berhubung belia-belia yang tidak mampu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh berjaya dalam bidang-bidang kerjaya tertentu,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival XP Day 2025, di kampus utama Todak Academy, Cyberjaya, pada Sabtu.
Karnival XP day yang dilancarkan pada 2022 kini berkembang menjadi karnival berskala besar dan mengetengahkan program-program kreatif selari dengan keperluan industri semasa melalui fasiliti latihan sebenar, bimbingan mentor industri berkaliber dan aplikasi teknologi terkini.
Karnival tahun ini juga menampilkan penglibatan menyeluruh anak-anak syarikat di bawah kumpulan Todak sekaligus memperkenalkan ekosistem digital syarikat itu yang meliputi permainan digital, esukan, hiburan kreatif, teknologi dan keusahawanan digital kepada lebih 1000 para pengunjung yang hadir.
Antara sorotan lain di Karnival XP Day 2025 termasuk bengkel program-program pendidikan STEM dan kreatif digital, sesi perkongsian daripada pemain industri kreatif digital, pameran produk dan perkhidmatan daripada ekosistem Todak serta persembahan daripada peserta-peserta program realiti Astro, Raise The Star.
Dengan mengadakan karnival ini juga, ia sekaligus menjadi bukti bahawa Todak Academy bukan hanya sekadar sebuah pusat latihan, namun merupakan institusi yang mencorakkan masa depan pendidikan digital negara dari salah satu hab inovasi di Cyberjaya.
Ringkasan AI
- Todak Academy Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan digital dengan penganjuran Karnival XP Day 2025, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pendidikan, teknologi kreatif dan latihan industri menerusi platform holistik. Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin berkata, XP Day bukan sekadar acara tahunan biasa, ia merupakan refleksi visi institusi itu bagi membina bakat digital masa depan melalui konsep pembelajaran digital yang praktikal, kreatif dan berpaksikan teknologi mampan. -Kita menyediakan program-program latihan utama seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang 3D Animasi dan Pembangunan Permainan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Kandungan Kreatif Digital dan 3D Animasi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Taufik Rizal, XP Day bukan sekadar acara tahunan biasa, sebaliknya, ia merupakan refleksi visi institusi itu bagi membina bakat digital masa depan melalui konsep pembelajaran digital yang praktikal, kreatif dan berpaksikan teknologi mampan.
“Kita menyediakan program-program latihan utama seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang 3D Animasi dan Pembangunan Permainan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Kandungan Kreatif Digital dan 3D Animasi.
“Umur yang boleh mengikuti program di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah daripada 16 tahun hingga 35 tahun.
“Sasaran utama Todak Academy adalah kepada golongan belia yang ingin fokus kepada kemahiran ataupun praktikal kerana di Todak Academy kita mengamalkan 70 peratus pembelajaran praktikal manakala 30 peratus lagi adalah teori.
“Kami juga ingin menyuntik semangat dalam kalangan belia yang cenderung meminati bidang kreatif untuk menonjolkan bakat sekaligus menghapuskan stigma orang ramai berhubung belia-belia yang tidak mampu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh berjaya dalam bidang-bidang kerjaya tertentu,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival XP Day 2025, di kampus utama Todak Academy, Cyberjaya, pada Sabtu.

Karnival XP day yang dilancarkan pada 2022 kini berkembang menjadi karnival berskala besar dan mengetengahkan program-program kreatif selari dengan keperluan industri semasa melalui fasiliti latihan sebenar, bimbingan mentor industri berkaliber dan aplikasi teknologi terkini.
Karnival tahun ini juga menampilkan penglibatan menyeluruh anak-anak syarikat di bawah kumpulan Todak sekaligus memperkenalkan ekosistem digital syarikat itu yang meliputi permainan digital, esukan, hiburan kreatif, teknologi dan keusahawanan digital kepada lebih 1000 para pengunjung yang hadir.

Antara sorotan lain di Karnival XP Day 2025 termasuk bengkel program-program pendidikan STEM dan kreatif digital, sesi perkongsian daripada pemain industri kreatif digital, pameran produk dan perkhidmatan daripada ekosistem Todak serta persembahan daripada peserta-peserta program realiti Astro, Raise The Star.
Dengan mengadakan karnival ini juga, ia sekaligus menjadi bukti bahawa Todak Academy bukan hanya sekadar sebuah pusat latihan, namun merupakan institusi yang mencorakkan masa depan pendidikan digital negara dari salah satu hab inovasi di Cyberjaya.

#Todak Academy
#program kemahiran
#3D Animasi
#teknologi kreatif
#Sijil Kemahiran Malaysia
#Diploma Kemahiran Malaysia
#Karnival XP Day 2025