Saya terkejut apabila menerima berita Karpal Singh terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya di laluan ke utara di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong pada lebih kurang jam 1 pagi. Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur untuk mengendalikan satu perbicaraan mahkamah pagi Khamis.
Turut terkorban ialah pembantu beliau Selvam. Manakala anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh dan pemandu MPV Alphard tidak cedera. Bagaimanapun seorang pembantu rumah dari Indonesia yang turut bersama Karpal di dalam kenderaan tersebut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan.
Pada saya pemergian mengejut Karpal adalah satu kehilangan besar kepada kerjaya guaman. Kematian beliau merupakan satu kerugian besar kepada suara rakyat marhaen dan golongan yang tertindas. Ngauman Karpal sama ada di Parlimen mahupun Mahkamah mewakili suara rakyat tertindas menyebabkan beliau diberi julukan 'Harimau Jelutong'.
Saya secara peribadi mengenali Karpal Singh dengan dekat semasa kami bersama-sama mengendalikan kes kontroversi Puan Pendek Ahmad yang cucunya dikaitkan dengan skandal melibatkan seorang pemimpin UMNO. Sebagai peguam yang sangat junior masa itu, saya banyak mempelajari selok-belok pengendalian kes daripada Karpal Singh.
Satu sikap beliau yang saya sangat kagum pada masa itu ialah keberanian Karpal sebagai seorang peguam. Walaupun berdepan dengan pihak berkuasa, namun beliau sedikit pun tidak patah semangat atau menunjukkan rasa takut selagi beliau percaya apa yang beliau lakukan adalah mengikut Perlembagaan dan undang-undang.
Pada masa itu saya kerap ke pejabat Karpal di Jalan Pudu, sebuah bangunan yang beliau miliki. Saya agak kagum dengan koleksi buku undang-undang di perpustakaan beliau. Saya pernah terlihat sebuah katil bujang di pejabat beliau, dan bila ditanya, rupanya Karpal kadang-kadang sampai tidur di pejabat untuk mentelaah kes yang sedang dikendalikan.
Karpal begitu komited dan fokus apabila mengendalikan sesuatu kes. Dan satu pengalaman peribadi yang saya lalui sendiri dengan Karpal ialah beliau langsung tidak kedekut ilmu guaman. Walaupun beliau seorang peguam veteran dan senior yang dihormati ramai rakan guaman, namun beliau tidak punya batasan dengan peguam junior.
Pernah satu ketika saya mengendalikan satu kes pembelaan pertuduhan mengedar dadah. Saya telah meminta buah fikiran Karpal mengenai strategi dan taktik untuk mengendalikan kes itu yang saya rasa agak sukar daripada kes-kes lain yang pernah saya kendalikan. Bukan sahaja Karpal memberikan buah fikiran dan idea, dia siap bekalkan saya dengan kes-kes rujukan yang telah siap beliau fotostatkan.
Sebagai peguam, saya pernah mengendalikan beberapa kes, samada bersesama Karpal, ataupun menentang beliau. Masih teringat lagi dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dimana saya berjaya membatalkan saman yang beliau bawa bagi kliennya.
Satu perkara yang saya tahu berkenaan Karpal ialah beliau banyak mengendalikan kes secara pro-bono; iaitu tanpa mengenakan bayaran. Ianya lebih kepada khidmat kepada masyarakat bawahan dan tertindas. Kadang-kadang tengok pejabat guaman Karpal dah macam pejabat JKM. Ada satu frame gambar besar hadiah daripada sebuah kesatuan pekerja yang melahirkan penghargaan kepada Karpal atas perjuangan mendiang membantu mereka.
Semasa menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu dalam sidang Parlimen ke 12, Karpal duduk di barisan paling hujung berdekatan pintu keluar-masuk. Jadi tiap kali hendak masuk atau keluar, saya pasti akan berhenti menyapa dan bertanya khabar kepada Karpal. Kami mungkin ada perbezaan pendapat dan pegangan, tetapi rasa hormat dan kagum kepada beliau tetap ada.
Umum tahu saya menentang keras Karpal dalam isu berkaitan Islam; terutama dalam isu berkenaan hal-ehwal Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud, qisas dan ta'zir. Karpal sendiri tahu saya istqomah menentang beliau dalam soal ini. Bukan sahaja di Mahkamah, malah didalam perbahasan Dewan Rakyat saya tidak pernah lekang menentang beliau dalam isu berkaitan Islam dan syariah.
Malah pernah semasa membahaskan isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh segelintir pendakyah kristian yang turut disokong Karpal, saya pernah berkata secara terbuka kepada Karpal kalau mahu sangat guna kalimah Allah, masuk saja Islam!
Saya juga banyak menegur Karpal dalam pengendalian kes liwat Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana sebenarnya Karpal adalah antara orang yang mula-mula mendedahkan isu kegiatan liwat Anwar ini didalam Dewan Rakyat pada 22.10.1997. Desakan beliau supaya Anwar disiasat akhirnya membawa kepada terbongkarnya skandal ini dan menyebabkan kejatuhan Anwar Ibrahim apabila dipecat oleh Tun Mahathir sebagai TPM pada 02.09.1998.
Sama ada kita bersetuju dengan mendiang atau tidak, satu perkara yang jelas ialah Karpal sangat konsisten didalam mempertahankan sesuatu isu. Contohnya di dalam isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud, Karpal tegas dalam penentangannya. Malah petikan berita terakhir beberapa hari lepas ialah kenyataan Karpal menentang cadangan pembentangan usul oleh Kerajaan PAS Kelantan di Parlimen untuk melaksanakan hudud
Saya masih ingat petikan kata-kata Karpal Singh mengenai penubuhan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, 'over my dead body - langkah mayat aku dulu'.
Apa pun, negara kehilangan seorang tokoh politik dan peguam yang terkenal - seorang tokoh yang dihormati kawan digeruni lawan. Saya percaya nama Karpal akan kekal terpahat dalam sejarah negara sebagai seorang yang cukup konsisten mempertahankan prinsip perjuangannya.
Beliau satu-satunya pemimpim pembangkang yang berani menyelar Anwar Ibrahim secara terbuka. Saya masih ingat lagi semasa pembohongan konspirasi 16 Sep 2008 terbongkar, Karpal menyelar Anwar dan mendesak beliau supaya bertaubat dan berundur.
Malahan beberapa hari lepas, Karpal telah menggantung semua jawatannya didalam DAP termasuk sebagai Pengerusi setelah beliau disabitkan dengan kesalahan menghasut terhadap Tuanku Sultan Perak dan dihukum denda RM4,000-00.
Ini kerana beliau tahu Seksyen 9 Akta Pertubuhan menghalang beliau daripada memegang atau menandingi apa-apa jawatan utama parti politik. Cuma sayang beliau tidak berkesempatan menasihatkan kliennya Anwar supaya menarik diri daripada bertanding sebagai calon Presiden PKR menentang isterinya sendiri.
To Madam Gurmit Kaur and my dear friend Gobind Singh Deo and family, do accept my deepest condolence. We may have our differences, but my respect and admiration to your late father remains.
To Karpal Singh, your untiring roar for the poor, and your firm voice against injustice, your crusade for the weak, either in Parliament or in Court will be missed by many.
Goodbye my friend Mr. Karpal Singh. -- http://zul4kulim.blogspot.com/
_____________________
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog Zulkifli Noordin
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zulkifli Noordin
Fri Apr 18 2014
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.
Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
[BELASUNGKAWA] Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan...
Takdir telah menentukan seniman Hamid Gurkha dihadirkan kepada untuk mengisi kekosongan dalam diri sebahagian besar daripada kita.
Belasungkawa 'arkitek pembangunan ITM' Tun Arshad Ayub
Arshad dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM setelah bersara daripada perkhidmatan awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.
Taib Mahmud kenang detik 'lamar' mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama
Masing seorang yang jujur dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengannya sebagai salah seorang menteri di bawah pentadbiran saya.
Perjuangan Tun Sakaran Dandai demi sosioekonomi, pendidikan rakyat Sabah
Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu pada pukul 5.30 pagi tadi.
Jenazah Mokhtar Hashim selamat dikebumikan
Allahyarham selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu.
Robert Mugabe meninggal dunia
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Gabriel Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi.
Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia
Pengarah filem dan drama terkenal, Raja Ahmad Alauddin menghembus nafas terakhir di kediamannya, di ibu negara pagi tadi.