KUALA LUMPUR: Jenayah merupakan satu perkara yang dipelajari dan diturunkan dari satu generasi kepada generasi seterusnya.
Justeru Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, kewujudan kartel dalam kalangan pegawai imigresen juga berpunca daripada amalan lama yang diajar kepada generasi baharu.
"Pengalaman saya menjalankan seminar dan kursus dengan pegawai-pegawai baharu dalam agensi kerajaan, seperti pegawai tadbir kerajaan (PTD) contohnya, mereka juga takut kerana sedar kebanyakan pegawai-pegawai lama mengamalkan rasuah.
"Mereka juga bimbang akan terjebak, dipaksa dan diajar melakukan perkara sama.
"Sebab itu pengawasan oleh pihak atasan itu penting. Sentiasa ada komunikasi, perhatikan orang bawahan. Kalau nampak ada yang hidup mewah, selidik.
"Orang atas juga perlu pastikan mereka bersih, kalau nak orang lain bersih. Setiap tiga tahun, tukarlah pegawai baharu, terutama di jabatan yang berisiko.
"Kerjasama semua agensi penguatkuasaan perlu, terutama dalam aspek perkongsian maklumat dan ketelusan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang kewujudan kartel di pelbagai peringkat dalam kalangan pegawai imigresen sehingga menjejaskan tahap integriti jabatan berkenaan.
Tegasnya, isu kartel berkait yang secara langsung dengan rasuah, memberi petanda tidak baik terhadap masa depan negara.
"Cuba pergi ke negara lain, Australia contohnya, bukan senang nak masuk. Bawa buah pun tak boleh masuk. Itu tandanya mereka sayangkan negara.
"Apabila jabatan imigresen sudah terpalit rasuah, negara akan dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh menjejaskan banyak sistem dalam negara.
"Macam-macam masalah akan timbul seperti ekonomi, masalah keselamatan malah sistem sosial juga terjejas. Pelacuran akan berleluasa," katanya lagi.
Pendapat beliau dipersetujui Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin yang melihat rasuah menjadi punca wujudnya industri kartel.
"Kalau agensi-agensi ini nak bersihkan nama, kena ada iltizam dan keberanian untuk lakukan perubahan. Terlebih dahulu perlu ada kesedaran yang tinggi.
"Kita sudah dengar banyak cadangan, undang-undang dan sebagainya, sekarang kena bertindak. Pelaksanaan kena telus.
"Jika dibiarkan, ekonomi terjejas, sekarang pun kita sudah nampak kos sara hidup melampau tingginya dan negara akan masuk fasa inflasi pula," ujarnya.
Madiha Abdullah
Thu Dec 02 2021
Kewujudan kartel kata Akhbar, berpunca daripada amalan lama yang diajar kepada generasi baharu.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
Kartel makanan ayam: Pengkhianatan tertinggi, sukarkan kawalan harga - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal.
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
Belanjawan 2024: KPDN perkasa tangani ketirisan subsidi, amalan kartel
KPDN akan terus komited menggerakkan agenda subsidi bersasar khususnya dalam konteks mengurangkan ketirisan.
Henti dasar bersifat kartel dan monopoli, laksana tindakan afirmatif - Hassan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib melihat kembali secara lebih fokus dan teliti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.