awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartini menang cabutan bertuah Proton X50 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Bernama
Bernama
12/12/2021
15:11 MYT
Kartini menang cabutan bertuah Proton X50 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Kartini, 41, bagaimanapun tiada di dalam dewan ketika namanya diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerana telah pulang. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pegawai tadbir Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kartini Abu Kasim muncul pemenang cabutan bertuah utama 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu sebuah kereta Proton X50.
Bagaimanapun Kartini, 41, tiada di dalam dewan ketika namanya diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerana telah pulang.
Mohd Zuki memutuskan untuk tidak membuat cabutan baharu sebaliknya mengekalkan nama Kartini sebagai pemenang utama.
Kartini yang memiliki empat anak berkata beliau tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama selepas membelanjakan RM300 untuk melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu.
"Saya terkejut dan sangat tidak sangka ketika dihubungi penganjur sebentar tadi mengatakan saya pemenang utama cabutan bertuah ini," katanya yang dihubungi Bernama.
Kartini yang merupakan seorang daripada petugas di reruai KPLB sepanjang empat hari penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berkata beliau telah pulang ke rumahnya di Salak Tinggi, Sepang selepas tugasnya selesai.
"Tak sangka rezeki datang kepada saya. Saya akan ambil hadiah utama itu (Proton X50) hari ini juga," katanya.
Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri itu menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan serta pameran dan jualan usahawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#100 hari aspirasi keluarga malaysia
#cabutan bertuah
#Proton X50
#Kartini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan