MALAYSIA
Karunanithy dilantik sebagai Pengarah SPRM Pulau Pinang
SPRM Pulau Pinang memaklumkan majlis serah terima tugas berlangsung di pejabat agensi itu di sini disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin. - Gambar SPRM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Datuk Karunanithy Y. Subbiah dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, menggantikan Datuk Mohd Fuad Bee Basrah yang kini mengetuai SPRM Sabah.
SPRM Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan majlis serah terima tugas berlangsung di pejabat agensi itu di sini disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin.
Dalam ucapannya, Mohd Fuad menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga SPRM Pulau Pinang atas komitmen dan sokongan sepanjang beliau memimpin jabatan itu termasuk pencapaian membanggakan pada 2024 dan 2025 dalam sektor operasi, pencegahan dan pengurusan.
Beliau menyifatkan setiap kejayaan adalah hasil kepimpinan berpasukan serta sokongan padu pengurusan tertinggi SPRM, pengarah bahagian dan negeri, pegawai serta kakitangan SPRM di seluruh negara.
Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Kastam Pulau Pinang Maznan Harron, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Azman Sirun, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang Ahmad Fitri Ahmad Rabudzi serta Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang ACP Ganesan Chinapan.
-- BERNAMA