KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melaksanakan penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim melalui inisiatif peta hazard banjir dan peta risiko banjir.
Menteri berkenaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penilaian risiko bencana banjir merangkumi 36 lembangan sungai utama di seluruh negara telah siap dibangunkan.
"Bagi kawasan Lembah Klang, peta hazard banjir bagi enam lembangan sungai telah siap dibangunkan manakala peta risiko banjir melibatkan lembangan Sungai Bernam juga telah siap dibangunkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang bertanyakan berkenaan kajian kerajaan mengenai kemungkinan perubahan iklim drastik dengan bencana alam yang dijangka lebih kerap serta tahap kesiapsiagaan sistem amaran bencana negara.
Tuan Ibrahim berkata JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sentiasa menyegerakan, menyelenggara dan menambah baik tahap kesiapsiagaan sistem amaran awal di bawah seliaan jabatan berkenaan.
Beliau berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), MetMalaysia sedang memasang lapan sistem radar baharu untuk tambahan di Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sebagai tambahan kepada 11 sistem radar sedia ada dan dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
"Selain itu, JPS turut melaksanakan program ramalan dan amaran banjir yang bertujuan memberi amaran awal kepada agensi berkaitan dengan pengurusan bencana dan orang awam.
"Siren akan dibunyikan apabila aras air melepasi nilai ambang tertentu untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat, ramalan banjir seawal tujuh hari dan amaran seawal dua hari disediakan bagi lokasi-lokasi dijangka banjir," katanya.
Beliau berkata buat masa ini, sistem itu beroperasi di lembangan Sungai Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan ketepatan 65 peratus manakala sistem amaran di bawah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) bagi negeri-negeri lain di seluruh negara sedang dinaik taraf.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Tuan Ibrahim berkata JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sentiasa menyegerakan, menyelenggara dan menambah baik tahap kesiapsiagaan sistem amaran awal. - Foto BERNAMA

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Semakan tarif air: Perbincangan hampir selesai, akan dibentang di Parlimen - KASA
KASA memaklumkan bahawa proses perbincangan bagi semakan semula tarif air bersama operator-operator di peringkat negeri kini berada di peringkat akhir.

PBAPP harap SPAN, KASA segerakan keputusan semakan tarif air
Kali terakhir semakan tarif air dibuat ialah pada 2015.

KASA sasar tanam sejuta pokok bakau untuk bendung hakisan, pelihara ekosistem
KASA menggesa semua lapisan masyarakat terutama belia terbabit secara aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau bagi mencapai sasaran sejuta pokok dalam tempoh 10 tahun akan datang.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Isu air Kelantan: KASA setuju bina takungan air besar di Machang - Mohd Amar
Sebuah takungan air besar dijangka dibina di Machang, dekat sini, tahun ini bagi menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk Kelantan.

Teknologi VR bantu usaha pelestarian alam sekitar - Zaini
Penggunaan teknologi realiti maya (VR) mampu memudahkan pengurusan alam sekitar termasuk sumber air selain meningkatkan kefahaman dan komitmen masyarakat terhadap usaha pelestarian alam sekitar.

KASA laksana penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim
Di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penilaian risiko bencana banjir merangkumi 36 lembangan sungai utama di seluruh negara telah siap dibangunkan.

Rangka kerja karbon sifar bersih mungkin diumum tahun ini - Mustapa
Kerajaan masih dalam peringkat membangunkan rangka kerja berkenaan yang turut merangkumi langkah memperkenalkan pasaran karbon

Banjir kilat Lembah Klang: Infrastruktur kawalan banjir digerakkan - KASA
Semua infrastruktur sistem kawalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) telah digerakkan susulan banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.