awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KASA rangka tubuh Suruhanjaya Alam Sekitar Negara - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
27/04/2021
20:11 MYT
KASA rangka tubuh Suruhanjaya Alam Sekitar Negara - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata suruhanjaya itu juga akan merangkumi elemen berkaitan perubahan iklim. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang merangka penubuhan Suruhanjaya Alam Sekitar Negara bagi memperkemaskan tadbir urus isu berkaitan alam sekitar.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata suruhanjaya itu juga akan merangkumi elemen berkaitan perubahan iklim.
"Isu alam sekitar ini satu isu yang besar dan memang ada keperluan mewujudkan suruhanjaya ini untuk melihat semua elemen termasuk perubahan iklim... supaya kita boleh melihat alam sekitar sebagai suatu elemen bersepadu yang dapat dibangunkan bersama," katanya kepada pemberita selepas program lawatan ke Universiti Malaya (UM) di sini, pada Selasa.
Pada lawatan itu, beliau turut mengumumkan sumbangan dana penyelidikan berjumlah RM30,000 bagi Projek Imarah Masjid Hijau Akademi Pengajian Islam UM.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kementerian sedang mendapatkan khidmat pakar-pakar berkaitan bagi memperkemaskan penubuhan suruhanjaya itu.
Mengenai Program Masjid Hijau, Tuan Ibrahim berkata sejak ia dilaksanakan pada September tahun lepas, sebanyak 10 masjid telah mengambil bahagian dalam program berkenaan dan KASA menyasarkan 100 rumah ibadat akan menyertai program itu menjelang 2030.
Program Masjid Hijau yang dilaksanakan menerusi agensi Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MTGC) bertujuan menjadikan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah mampu menyumbang kepada kelestarian alam sekitar merangkumi empat elemen utama iaitu penjimatan elektrik, air, urus sisa buangan dan penggunaan produk hijau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KASA
#Program Masjid Hijau
#MTGC
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Suruhanjaya Alam Sekitar Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan