awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KASA syor wujud enakmen kawal selia bekalan air di Sabah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/10/2021
04:51 MYT
KASA syor wujud enakmen kawal selia bekalan air di Sabah
Tuan Ibrahim berkata Enakmen itu membolehkan satu badan kawal selia diwujudkan bagi mengawal selia industri bekalan air di Sabah - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah enakmen yang berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara diwujudkan di Sabah seperti mana yang digunapakai di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata enakmen itu adalah bagi membolehkan industri bekalan air di negeri Bawah Bayu itu beroperasi lebih efektif.
Jelas beliau lagi, enakmen itu membolehkan satu badan kawal selia diwujudkan bagi mengawal selia industri bekalan air di Sabah dalam memastikan fungsi kawal selia dan operasinya dapat diasingkan.
"Urusan operasi dan pembangunan infrastruktur bekalan air di Negeri Sabah adalah di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah, melalui dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya Sabah.
"Selanjutnya pihak berkuasa air negeri yang diberi kuasa sejajar dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 adalah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
"Dalam hal ini, ingin saya tegaskan bahawa sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air di Negeri Sabah, peranan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah kritikal dalam memastikan perancangan, pembangunan dan pengoperasian sistem bekalan air termasuklah perancangan berkaitan air tidak berhasil (Non-Revenue Water - NRW) di Sabah dilaksanakan sebaik mungkin," katanya pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu tahu peranan kerajaan Persekutuan dalam usaha mengatasi masalah bekalan air di Sabah.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan melalui kementerian bertanggungjawab dalam menyediakan pembiayaan secara pinjaman bagi pelaksanaan projek-projek bekalan air di kawasan bandar Sabah.
Katanya, jumlah pengeluaran pinjaman yang telah diluluskan sejak dari Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) hingga RMK10 adalah berjumlah RM2.5 bilion.
Manakala, peruntukan secara geran diberikan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi projek-projek bekalan air luar bandar.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#bekalan air
#Sabah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan