awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasari bayi di taska: 2 pengasuh ditahan di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/12/2021
15:22 MYT
Kasari bayi di taska: 2 pengasuh ditahan di Pulau Pinang
Kamarul Rizal berkata dua wanita terbabit direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001. - Gambar/ Media sosial
BALIK PULAU: Polis menahan dua pengasuh wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengasuh dipercayai membaling objek disyaki bungkusan mampat pada bayi asuhan di sebuah taska di Bayan Baru, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata dua wanita berusia 20-an itu ditahan hari ini untuk siasatan lanjut selepas video berdurasi 44 saat berhubung kejadian tersebur tular dalam laman sosial sejak semalam.
"Video kejadian tersebut tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu ibu kepada bayi (lelaki) dan ekoran itu kami menerima dua laporan polis berhubung insiden berkenaan sebelum menjalankan siasatan lanjut.
"Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 6.45 petang, 24 Nov lepas namun videonya baru tular sejak semalam selepas ibu mangsa memuat naik di Facebook miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Rizal berkata dua wanita terbabit direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#pengasuh
#bayi
#Tular
#baling objek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan