awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah dalam kotak makanan ringan

Bernama
Bernama
08/05/2025
15:00 MYT
Kastam gagalkan cubaan seludup dadah dalam kotak makanan ringan
Norizan berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - Gambar Facebook JKDM Sarawak
KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 10.1 kilogram dianggarkan bernilai RM347,200 yang disembunyikan di dalam kotak bersama makanan ringan pada 16 April lepas.
Pengarah JKDM Sarawak Norizan Yahya berkata seorang lelaki tempatan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dari Kuala Lumpur ditangkap pada 12 tengah hari selepas suspek dikesan berkelakuan mencurigakan di kawasan tuntutan bagasi.
"Suspek dilihat menuntut satu kotak dari karusel bagasi sebelum menuju ke tandas bersama kotak berkenaan, dan anggota dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) di LTAK bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas individu terbabit bersama kotak yang dibawanya.
"Hasil pemeriksaan menemukan sepuluh plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norizan berkata tangkapan itu hasil kerjasama UKPP dan Cawangan Narkotik JKDM Sarawak.
Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
"Sekiranya hukuman penjara seumur hidup dikenakan, pesalah hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 15 sebatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#plastik lutsinar
#hukuman penjara
#makanan ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan