awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Kelantan rampas ayam beku bernilai RM90,000

Bernama
Bernama
20/03/2024
06:45 MYT
Kastam Kelantan rampas ayam beku bernilai RM90,000
Wan Jamal berkata seorang lelaki ditahan dalam serbuan yang dilancarkan hasil maklumat cawangan risikan zon timur itu. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Kastam Kelantan merampas 400 peket ayam beku seberat 6,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM90,000 selepas menyerbu sebuah syarikat penjualan ayam gunting tanpa permit di Machang di sini, dua hari lepas.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata seorang lelaki ditahan dalam serbuan yang dilancarkan hasil maklumat cawangan risikan zon timur itu.
Beliau berkata nilai duti bagi ayam berkenaan dianggarkan RM36,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"Kastam ingin menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol kastam di talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat disemua negeri.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Kelantan
#400 paket ayam beku
#rampasan
#machang
#syarikat penjualan ayam gunting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan