awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Kelantan rampas bunga ganja bernilai lebih RM10 juta di Rantau Panjang

Bernama
Bernama
28/07/2025
03:20 MYT
Kastam Kelantan rampas bunga ganja bernilai lebih RM10 juta di Rantau Panjang
Keseluruhan rampasan melibatkan enam beg berisi 180 peket ganja dengan berat melebihi 100 kg yang dianggarkan bernilai RM10.01 juta. - Foto JKDM Kelantan
KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 102.18 kilogram (kg) bunga ganja bernilai lebih RM10 juta dalam operasi di dua lokasi di Rantau Panjang, dekat sini 23 April lepas.
Pengarah JKDM negeri Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata dalam serbuan pertama pada 10.30 pagi, sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang menemukan 88 peket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah berkenaan setelah memeriksa tiga beg yang ditinggalkan di Pintu 1 Zon Bebas Cukai.
"Pada masa yang sama pemeriksaan dilakukan terhadap seorang wanita yang membonceng motosikal dan menemukan 32 peket plastik lutsinar di dalam beg yang turut mengandungi bunga ganja.
"Siasatan ke atas wanita itu telah membawa kepada satu lagi serbuan di Hentian Bas Ekspres Rantau Panjang pada 11 pagi hari yang sama dan menemukan dua beg berisi 60 peket plastik lutsinar disyaki bunga ganja dengan seorang lelaki dan wanita ditahan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keseluruhan rampasan melibatkan enam beg berisi 180 peket ganja dengan berat melebihi 100 kg yang dianggarkan bernilai RM10.01 juta.
"Modus operandi sindiket terbabit adalah menyeludup bunga ganja melalui pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok, sebelum dibawa masuk ke kawasan Zon Bebas, Rantau Panjang.
"Kesemua suspek yang ditahan adalah rakyat tempatan berusia antara 30 hingga 45 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#bunga ganja
#seludup
#Wan Jamal Abdul Salam Wan Long
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan