Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas 912,480 batang rokok tidak sah bernilai RM498,214 termasuk cukai di dua lokasi berbeza di Melaka pada Jumaat.
Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said berkata dalam rampasan pertama pada 10 pagi tadi, seorang pemandu lori berusia 30-an ditahan bersama 52,480 rokok putih jenama Manchester bernilai RM28,654 termasuk cukai dalam satu sekatan jalan raya melibatkan 10 anggota JKDM Melaka di Jalan Ayer Keroh-Bemban.
"Hasil siasatan terhadap pemandu lori tersebut, kita berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 30-an sejam kemudian dan merampas 860,000 batang rokok jenama sama bernilai RM469,560 di sebuah stor di Durian Tunggal," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan dan Seksyen 135(1)(d) akta sama kerana mengawal dan menyimpan barang-barang larangan.
Katanya pemeriksaan awal mendapati kotak rokok yang dipercayai diedarkan untuk pasaran Melaka dan selatan tanah air itu disyaki menggunakan dakwat keselamatan palsu.
Bernama
Fri Dec 21 2012
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta
Jabatan Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Kastam gagalkan cubaan seludup keluar wang tunai RM170,000 di KLIA
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup keluar wang tunai berjumlah RM170,000 oleh seorang penumpang warga China di KLIA.