awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam pakai kamera badan bermula Jun ini

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2022
07:14 MYT
Kastam pakai kamera badan bermula Jun ini
Menurut Abdul Latif, pada fasa pertama penggunaan kamera badan itu akan melibatkan lebih 100 anggota dan pegawai kastam termasuk mereka yang bekerja di lapangan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dilengkapi peralatan kamera badan yang dijangka dilaksanakan pada Jun ini.
Ia sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan beruniform itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara.
Menurut Abdul Latif, pada fasa pertama penggunaan kamera badan itu akan melibatkan lebih 100 anggota dan pegawai kastam termasuk mereka yang bekerja di lapangan.
“Ia akan digunakan bukan sahaja kepada penguat kuasa, juga kepada pegawai yang bertugas di frontliner (barisan hadapan) contoh di KLIA, di stesen sempadan, kita akan buat berperingkat sebab melibatkan bajet yang agak besar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam Diraja Terengganu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.
Sebelum ini dilaporkan penguat kuasa JKDM dijangka akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah memaklumkan, usaha itu antara lain adalah untuk meningkatkan integriti JKDM selain melindungi anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.
Topic Berkaitan
#kamera badan
#abatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan