Kastam Perlis rampas 91.5 kg kanabis bernilai lebih RM530,000

Ismail (tiga, kiri), menunjukkan sebahagian dadah jenis kanabis seberat 91.5 kilogram (kg) dianggar bernilai RM533,000 pada sidang media di Kompleks Kastam Negeri, hari ini. - Gambar Bernama
KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas dadah jenis kanabis seberat 91.5 kilogram (kg) dianggar bernilai RM533,000 di Kuala Perlis, akhir bulan lepas.
Ringkasan AI
- JKDM Perlis merampas dadah jenis kanabis seberat 91.5 kg bernilai RM533,000 di Kuala Perlis, menyebabkan penggambaran sebanyak 41.5kg pada 24 Okt lalu di Pulau Ketam.
- Pihak Kastam juga merampas 50kg kanabis bernilai RM155,000 di kawasan jeti persendirian di Kuala Perlis pada 28 Okt lepas, menunjukkan peningkatan kes rampasan dadah.
- Selain daripada dadah, JKDM Perlis juga merampas 100,000 kg beras bernilai RM350,000 tanpa dokumen pengimportan yang sah di Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah.
"Pemeriksaan rapi terhadap kesemua bungkusan didapati berisi 39 ketulan mampat dan 12 bungkusan plastik lut sinar kedap udara berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis bunga kanabis," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ismail berkata pihaknya turut merampas 50kg kanabis bernilai RM155,000 dalam serbuan di kawasan jeti persendirian disyaki sudah tidak beroperasi di kawasan tebing sungai Kuala Perlis pada 8 malam, 28 Okt lepas.
"Hasil serbuan menemukan tiga bungkusan guni yang ditinggalkan di atas pelantar jeti itu. Pemeriksaan rapi terhadap bungkusan guni didapati berisi 50 ketulan mampat disyaki kanabis," katanya.
Beliau berkata kanabis adalah dadah yang disenaraikan di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kes lain, Ismail berkata pihaknya merampas 100,000 kg beras dianggar bernilai RM350,000 dan melibatkan duti import RM140,000 selepas memeriksa dua lori bernombor pendaftaran Malaysia bersama kontena di tepi jalan kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah pada 3.30 petang, 29 Okt lepas.
"Kedua-dua lori didapati membawa dagangan beras namun pihak terlibat gagal mengemukakan sebarang dokumen pengimportan.
"Beras adalah barang larangan iaitu tertakluk kepada permit import sebagaimana ditetapkan dalam Butiran 25, Jadual Ketiga, Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata JKDM Perlis merekodkan rampasan dadah bernilai RM24.078 juta menerusi 18 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas dengan kebanyakan kes berkenaan membabitkan laluan laut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


