MALAYSIA
Kastam perlu fokus banteras penyeludupan arak, bukan serbu premis rakyat - Menteri Pelancongan
King Sing sifatkan amaran Kastam sebagai mengelirukan dan tidak praktikal, serta boleh jejaskan keyakinan rakyat terhadap undang-undang. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) agar menumpukan usaha penguatkuasaan terhadap penyeludupan arak yang semakin berleluasa di pasaran, bukannya menggeledah kediaman rakyat biasa yang menyimpan koleksi minuman keras untuk kegunaan peribadi.
Ringkasan AI
Beliau berkata, kenyataan JKDM baru-baru ini yang memberi amaran bahawa memiliki terlalu banyak arak di rumah mungkin melanggar undang-undang adalah mengelirukan kerana di bawah Akta Eksais 1976, menyimpan minuman keras untuk kegunaan sendiri tidak menyalahi undang-undang.
“Penggunaan frasa mungkin menyalahi undang-undang seolah-olah menggambarkan tindakan sah sebagai jenayah.
"Ini menimbulkan salah faham dan boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Menurut beliau, jumlah simpanan arak di rumah tidak boleh dijadikan asas untuk menuduh seseorang berniat menjualnya.
“Adakah pegawai Kastam menganggap simpanan arak yang banyak secara automatik bermaksud seseorang berniat menjualnya? Undang-undang tidak menetapkan jumlah maksimum.
"Jika logik itu diguna pakai, pengumpul kasut atau mainan juga perlu lesen. Itu tidak masuk akal,” jelasnya.
King Sing turut menegaskan bahawa arahan supaya rakyat menyimpan resit pembelian minuman keras selama tujuh tahun adalah tidak praktikal kerana setiap botol sudah mempunyai label rasmi yang membuktikan duti cukai telah dibayar.
Beliau berkata, banyak koleksi arak yang dianggap “berlebihan” sebenarnya adalah simpanan keluarga turun-temurun atau pembelian pukal untuk mendapatkan harga lebih murah, tanpa sebarang niat penjualan semula.
“Budaya berkongsi minuman bersama tetamu adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat bukan Islam.
"Ada yang menjadikan koleksi arak sebagai hobi. Tetapi tindakan JKDM seolah-olah lebih gemar menakutkan rakyat biasa daripada membanteras penyeludupan sebenar,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa lambakan arak seludup yang tidak selamat di pasaran jauh lebih membimbangkan kerana boleh membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna.
“Orang ramai membayar cukai untuk melihat masalah sebenar diselesaikan. Jika pihak berkuasa terus membazir tenaga menyerbu kediaman rakyat, ia hanya menambah kekecewaan dan kebencian terhadap kerajaan,” tegas King Sing.
Ringkasan AI
- Tiong King Sing gesa JKDM fokus banteras arak seludup, bukan geledah rumah rakyat yang simpan koleksi minuman keras untuk kegunaan peribadi.
- Beliau sifatkan amaran Kastam sebagai mengelirukan dan tidak praktikal, serta boleh jejaskan keyakinan rakyat terhadap undang-undang.
- Tindakan menyerbu kediaman disifatkan sebagai membazir tenaga, sedangkan lambakan arak seludup yang membahayakan kesihatan masih berleluasa di pasaran.