BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai, dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mac lepas.
Pengarah JKDM negeri Roselan Ramli berkata rokok berkenaan ditemukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang ditahan ketika berlabuh di pelabuhan itu kira-kira 10.40 pagi.
"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena tersebut telah menemukan sebanyak 900 kotak mengandungi sembilan juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam bernilai anggaran RM1.8 juta dan cukai RM6.12 juta," katanya pada sidang media di stor penguatkuasaan Bagan Jermal, di sini hari ini.
Roselan berkata kontena itu disyaki berasal dari negara di Asia Tenggara dan dikendalikan oleh syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang serta diimport oleh sebuah syarikat berstatus sendirian berhad di Selangor.
Menurutnya modus operandi digunakan adalah dengan mengikrar dagangan itu sebagai perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata rokok tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan bagi kegunaan pekerja di ladang dan tapak pembinaan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek yang terlibat.
Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Roselan berkata rokok berkenaan ditemukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang ditahan ketika berlabuh di pelabuhan itu kira-kira 10.40 pagi, 7 Mac lepas. - Gambar fail/Bernama
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup RM10 juta dari Vietnam
Rokok seludup dari Vietnam bernilai RM10 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.