awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul

Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar

Bernama
Bernama
17/10/2024
06:05 MYT
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Rokok yang dirampas itu didapati tidak mempunyai pelekat setem cukai di samping tiada maklumat berkaitan pengimport mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. - Gambar/ Bernama
IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562 selepas menyerbu sebuah kilang terbiar di Changkat Jering, Taiping, 10 Okt lepas.
Pengarahnya Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata serbuan kira-kira pukul 7.05 malam itu dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan sejak lebih sebulan lepas.
Beliau berkata rokok yang dirampas itu didapati tidak mempunyai pelekat setem cukai di samping tiada maklumat berkaitan pengimport mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
"Rokok putih ini dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui pintu masuk di pelabuhan atau perairan negeri Perak. Ini merupakan rampasan rokok putih yang terbesar setakat ini di Perak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#JKDM
#rampasan rokok
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.