NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 88 kilogram (kg) dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM17.6 juta menerusi serbuan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 1 Ogos lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan berkata dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita empat unit kotak mengandungi 995 botol kaca yang di dalamnya terdapat kapsul disyaki kokain.
Katanya hasil pemeriksaan juga menemukan alat ganti kenderaan iaitu cakera brek kereta dalam setiap kotak tersebut.
"Modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan mengikrarkan dagangan itu sebagai suplemen sedangkan di dalamnya terdapat botol kaca mengandungi dadah berbahaya dan alat ganti kenderaan.
"Ia kali pertama sindiket menggunakan modus operandi seumpama itu. Sindiket juga menggunakan nama syarikat palsu sebagai syarikat penerima dalam Air Waybill ( dokumen bagi penghantaran kargo udara)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya berkata siasatan awal mendapati dagangan tersebut dimport dari Belanda dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA itu sebagai destinasi terakhir dengan bekalan dadah itu untuk pasaran dalam negara.
Zazuli berkata siasatan turut mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu dalam dokumen pengimportan hingga menyukarkan tangkapan dibuat.
"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang dipercayai warga tempatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat Julai lepas, sebanyak 382 kes perolehan dadah di seluruh negara berjaya dikesan membabitkan nilai rampasan RM180.5 juta dengan ekstasi mencatat nilai tertinggi iaitu RM96.2 juta, kokain (RM61.6 juta) dan methamphetamine (RM10.5 juta).
Menurutnya berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh iaitu 19,996.4kg, dianggarkan seramai 440,000 penagih dapat diselamatkan.
Justeru, beliau menyeru orang awam memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dadah dan barangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam terdekat dengan identiti mereka akan dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan ditemui pada sidang media di Nilai hari ini. - Foto BERNAMA

Perak sasar bantu selesaikan masalah lima projek perumahan terbengkalai tahun depan
Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu bagi menyelesaikan masalah lima projek perumahan 'sakit' atau terbengkalai di Perak tahun depan.

Pasukan penyiasat tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan
Belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, itu kini ditutup kepada orang ramai.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
Niaga Spotlight: Sarawak's 2024 State Budget
Sarawak's Legislative Assembly unanimously approves the RM12.4 billion 2024 State Budget, emphasizing digitalization for double-digit growth by 2030. The budget allocates funds for development, explores sustainable initiatives, and addresses gender disparities, reflecting a holistic approach to economic and social progress.Full discussion with Datuk Dr Madeline Berma,
Economic Analyst.
Economic Analyst.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.

Kastam rampas pelbagai jenis dadah, pil khayal bernilai kira-kira RM25.5 juta
Jabatan Kastam berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa susulan kejayaan merampas pelbagai jenis dadah dan pil khayal dalam serbuan di beberapa lokasi di Selangor.

Cubaan seludup dadah bernilai hampir RM1 juta dalam tin biskut gagal
Menurut JKDM, dadah tersebut ditemukan dalam tiga tin biskut aluminium yang disorok dalam bagasi milik seorang wanita berusia 41 tahun, yang baru tiba di negara ini dari Ethiopia.

Kastam rampas lebih 436kg dadah bernilai RM32 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas 436.2 kilogram dadah jenis MDMA bernilai RM32 juta di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang.

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1.2 juta
Jabatan Kastam menumpaskan cubaan menyeludup 20.14 kilogram dadah dianggar bernilai RM1.2 juta di KLIA.

Kastam rampas 88kg kokain bernilai RM17.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 88 kilogram dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM17.6 juta menerusi serbuan di KLIA.

Sorok 67kg dadah RM3.2 juta dalam 'parcel'
Dadah seberat 67 kilogram dianggarkan bernilai RM3.2 juta dipercayai cuba diseludup ke Sabah berjaya dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Julai lalu.

Sindiket antarabangsa lumpuh, lebih 250kg dadah dirampas
JKDM menyita 18 kotak dengan 12 daripadanya mengandungi bungkusan plastik lutsinar dengan bahan ketulan kristal disyaki MDMA seberat 232.05 kg dianggarkan bernilai RM17 juta.

Pasukan petugas ditubuh siasat isu duti kastam terkurang kutip - Ahmad Maslan
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.

Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta.