awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Selangor rampas mercun bernilai RM2.8juta

Bernama
Bernama
30/01/2014
00:59 MYT
Kastam Selangor rampas mercun bernilai RM2.8juta
Pengarah Kastam Negeri Selangor Badaruddin Mohamed Rafik (dua, kiri) bersama pegawai-pegawai penyiasat, menunjukkan mercun dan bunga api yang berjaya. --fotoBERNAMA
Jabatan Kastam Diraja Selangor merampas mercun dan bunga api seberat 60 tan bernilai RM2.8 juta dalam satu serbuan ke atas empat stor di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Batu Arang, Rawang pada Ahad lepas.
Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam dan siasatan mendapati stor tersebut digunakan sebagai tempat menyimpan barang larangan itu bagi kegunaan semasa sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.
Katanya, dalam serbuan yang sama, pihaknya turut merampas 6.2 juta batang rokok putih tidak sah pelbagai jenama bernilai RM311,200 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.
Mercun dan bunga api itu mempunyai nilai cukai sebanyak RM1.8 juta manakala rokok putih tidak sah pula bernilai cukai RM2.8 juta.
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan semasa serbuan itu dan pihaknya sedang mengesan pemilik ladang berkenaan bagi membantu siasatan.
Badaruddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#bunga api
#Jabatan Kastam Diraja Selangor
#mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan