MALAYSIA
Kastam sita 32 kenderaan import bernilai lebih RM8.45 juta di KL
Rampasan itu hasil operasi khas Ops Purple yang dijalankan dari 29 Julai hingga 7 Ogos lepas di dua gudang berlesen di Setapak dan Sungai Penchala, Damansara. - Gambar/ JKDM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kenderaan import pelbagai jenis bernilai lebih RM8.45 juta telah disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) baru-baru ini kerana melanggar syarat gudang berlesen.
Pengarah Kastam WPKL Wan Norizan Wan Daud berkata rampasan itu hasil operasi khas Ops Purple yang dijalankan dari 29 Julai hingga 7 Ogos lepas di dua gudang berlesen di Setapak dan Sungai Penchala, Damansara.
"Pemeriksaan mendapati pemilik gudang berlesen gagal mematuhi syarat lesen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967.
"Sebanyak 32 kenderaan import disimpan melebihi tempoh 48 bulan yang dibenarkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata nilai sitaan kenderaan dianggarkan sebanyak RM3.08 juta manakala jumlah duti import dan cukai yang terlibat pula dianggarkan berjumlah RM5.38 juta.
Wan Norizan berkata siasatan mendapati modus operandi yang digunakan adalah dengan menyalahgunakan kemudahan pengecualian duti yang diberikan di bawah Seksyen 4 Akta Kastam 1967 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan import.
Beliau juga berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, JKDM WPKL merekodkan 353 kes rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan mencecah RM72.12 juta melibatkan anggaran duti dan cukai sebanyak RM31.61 juta.
Daripada jumlah itu, rampasan tertinggi membabitkan minuman keras dengan nilai RM11.48 juta melibatkan 77 kes diikuti besi import tanpa permit (10 kes) bernilai RM8.88 juta dan bunga ganja (25) bernilai RM8.67 juta.
"Sebanyak 159 kes rampasan rokok putih dan kretek bernilai RM6.71 juta turut direkodkan selain satu kes rampasan dron tanpa permit import bernilai RM1.56 juta serta 81 kes lain-lain barangan bernilai RM53.3 juta," katanya.
Wan Norizan turut menyeru orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan penyeludupan yang bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara malah mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Orang awam digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam berhampiran," katanya sambil menambah identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
-- BERNAMA