MALAYSIA
Kasut sekolah kitar semula ungguli minggu ke-7 Innovathon 3
Kasut ini dilengkapi ciri anti gelincir, tahan lasak, kalis air dan telah lulus ujian REACH serta pensijilan SIRIM Eco.
KUALA LUMPUR: Minggu ketujuh INNOVATHON 3 menyaksikan kejayaan pasukan Formula Kasut Sekolah dinobatkan sebagai juara mingguan program inovasi televisyen itu selepas pembentangan mantap yang berjaya menarik perhatian barisan juri.
Idea kreatif mereka? Menghasilkan kasut sekolah daripada sarung tangan Nitrile yang ditolak dalam proses kualiti (QC rejected), satu langkah inovatif yang bukan sahaja mengurangkan sisa buangan, malah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar secara mampan.
Kasut sekolah ini direka khas untuk pelajar, dengan ciri antigelincir, tahan lasak dan kalis air bagi memastikan keselesaan serta keselamatan sepanjang tempoh persekolahan.
Produk ini juga selamat digunakan selepas lulus ujian bahan berbahaya (REACH test) dan menerima pensijilan SIRIM Eco.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri getah, pasukan Formula Kasut Sekolah memasarkan produk ini di bawah jenama Solewell.
“Kami gembira inovasi ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar,” kata salah seorang wakil pasukan Formula Kasut Sekolah.
Jenama ini turut menawarkan pelbagai jenis kasut lain termasuk kasut keselamatan dan kasut lelaki.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial, pasukan ini menderma 100 pasang kasut kepada rumah anak yatim dan sekolah yang melibatkan golongan B40.
INNOVATHON 3 minggu ketujuh diadili oleh barisan juri berpengalaman termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi, Datuk Ts. V. Valluvan Veloo; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Norsham Abdul Latip; juri selebriti Erra Fazira; Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Collektr, Adlin Yusman; dan Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Capital Ventures Sdn Bhd, Abdul Aziz Abu Bakar.
Program yang disiarkan secara eksklusif setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase serta strim di Astro GO dan Sooka ini menampilkan hos terkenal Amelia Henderson dan Awal Ashaari, manakala Ceddy Ang mengetuai kapsul. Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON, membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.
Tahun ini, INNOVATHON mencatat skala penyertaan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan minat masyarakat terhadap inovasi dan ciptaan kreatif tempatan.