awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
Penduduk berpaut pada pokok ketika “banjir terburuk" melanda Mozambique
23 motosikal berkuasa tinggi sertai konvoi promosi TMM2026 di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunseling alternatif merotan, namun infrastruktur pula tempang - Pakar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
18/10/2025
15:15 MYT
Kaunseling alternatif merotan, namun infrastruktur pula tempang - Pakar
Anuar Ahmad memberikan pandangan mengenai alternatif kepada amalan merotan di sekolah menerusi satu temu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Amalan merotan untuk mendisiplinkan murid di sekolah menerima pelbagai reaksi, segelintir menolak kerana beranggapan ia boleh mengganggu emosi remaja.
Felo Bersekutu, Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Anuar Ahmad berkata, ada dua alternatif boleh dipertimbang untuk melentur keperibadian anak, tanpa memerlukan sentuhan fizikal.
"Rotan merupakan satu simbol penegasan yang sudah lama ada dalam sistem pendidikan kita, iaitu untuk beritahu murid jika kamu buat salah laku, kamu akan terima akibatnya.
"Tetapi jika tak mahu merotan, pertama kita memupuk dan membimbing anak-anak dari awal, sentiasa luangkan masa dan terlibat dalam kehidupan mereka, maka anak itu akan jadi orang yang baik selain kepercayaan kuat dengan penjaga.
"Kedua, kaunseling untuk membetulkan anak-anak apabila mereka melakukan kesilapan," jelas Anuar dalam satu temu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Namun, Anuar melihat infrastruktur kaunseling di Malaysia jauh daripada tahap memuaskan untuk menampung keperluan murid.
"Misalnya berapa ramai kaunselor untuk satu sekolah, kalau ikut polisi antarabangsa kita perlu satu kaunselor bagi setiap 250 orang murid. Kalau sesebuah sekolah ada 1,500 orang murid, kena ada enam orang kaunselor bertauliah.
"Itu baru cakap soal tenaga kerja, belum lagi tentang kemudahan kaunseling. Kebanyakan sekolah memiliki bilik kaunseling yang tidak mengikuti piawaian, waktu sesi berlangsung, murid lain boleh lalu-lalang dan mendengar masalah diceritakan, tiada privasi.
"Jadi sekiranya kaunseling pun kekurangan peruntukan, mungkin alternatif ini sukar diteruskan," ujar Anuar.
Tambah beliau, amalan merotan wajar diteruskan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, jika kesalahan terlalu kecil lebih baik dinasihati.
Topic Berkaitan
#alternatif merotan
#infrastruktur kaunseling
#Dr Anuar Ahmad
#tenaga kerja bertauliah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan