MEKAH: Isu gangguan emosi, masalah komunikasi suami isteri dan ketidakserasian antara rakan sebilik, menjadi antara aduan yang diterima sepanjang musim haji.
Pengurus Kaunseling Operasi Haji Mohammad Hanif Napi berkata sesetengah jemaah dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sebilik, tetapi ada juga yang terlalu sukar menerima kerenah jemaah lain hingga ada yang mengalami tekanan perasaan.
Katanya, apabila mendapat aduan, pihaknya akan memanggil pengadu untuk berbicara secara tertutup dan memberi nasihat sebaiknya, terutama dalam memberi penekanan tentang tujuan asal hadir ke Tanah Suci.
"Kebiasaannya isu penyesuaian agak dominan kepada jemaah lelaki mahupun wanita dan berlaku juga ketidaksediaan mereka dalam berdepan dengan suasana di sini.
"Ada yang dari tanah air lagi telah mempunyai simptom rasa cemas dan mendapatkan rawatan psikiatri, dan di sini ia turut berlaku.
"Tetapi ada juga yang tidak mempunyai masalah itu di tanah air dan berasa cemas di Tanah Suci kerana faktor-faktor persekitaran.
"Jika keadaan dilihat memerlukan pemerhatian lanjut, kami akan bersama dengan doktor pakar untuk menanganinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah, yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah.
Mohammad Hanif berkata meskipun jumlah aduan yang diterima sangat kecil, tetapi ia tetap diambil perhatian serius bagi memastikan jemaah mendapat ketenangan sehingga selesai ibadah haji, malah pihaknya menyediakan perkhidmatan kaunseling dari bilik ke bilik.
"Persediaan yang rapi dari sudut kesihatan mental dan psikologi di Tanah Suci ini sangat penting, jadi di samping dapatkan ilmu kefahaman hukum hakam ibadah haji, jemaah boleh dapatkan bantuan dan maklumat tentang perkara yang boleh dilakukan (di Mekah) sejak di tanah air lagi.
"Jemaah juga disaran menyelesaikan apa yang tak selesai di tanah air. Penerimaan dengan jemaah haji lain penting dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan," katanya.
Beliau yang mempunyai pengalaman selama lapan tahun dalam pengurusan kaunseling berkata selain masalah tersebut, pihaknya juga akan bersama dengan jemaah sekiranya terdapat khabar duka dari tanah air mahupun di Tanah Suci.
Katanya, sesetengah jemaah akan berdepan dengan situasi kematian ahli keluarga dan mereka memerlukan sokongan moral, untuk terus bersemangat meneruskan ibadah.
Dalam keadaan tersebut, pihak kaunseling akan bersama-sama dengan unit Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS), dan rata-rata jemaah akan reda dengan keadaan yang berlaku malah meneruskan ibadah sehingga selesai musim haji.
Sementara itu, kaunselor TH Khodrulnada Mohamad berkata berdasarkan pengalamannya, kebanyakan aduan berjaya diselesaikan kecuali yang melibatkan psikiatri, kerana ia akan melibatkan rawatan agak lama.
Tambahnya, lawatan bilik ke bilik juga berkesan dan setiap aduan yang diterima akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan dan segala kerahsian pengadu sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Isu gangguan emosi, masalah komunikasi suami isteri dan ketidakserasian antara rakan sebilik, menjadi antara aduan yang diterima sepanjang musim haji. -Gambar hiasan
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.