awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan

Bernama
Bernama
25/05/2024
09:20 MYT
Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan
Kawah itu, sebuah kaldera gunung berapi aktif seluas 128 kilometer persegi, merupakan destinasi pelancongan geoterma popular yang terletak di dalam kawasan Taman Pelancongan Kawah Bumi. - Gambar fail
JAKARTA: Kawah Nirwana, juga dikenali sebagai Nirwana Keramikan di Wilayah Lampung, terletak di selatan Sumatera, mengalami tiga letusan pada Jumaat antara 8.30 pagi dan 9 pagi waktu Indonesia Barat, mencetuskan kebimbangan.
Sebagai tindak balas, Badan Pengurusan Bencana Daerah Lampung Barat, bersama-sama dengan tentera dan polis, telah menasihatkan orang awam dan pelancong untuk bertenang, sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan kawah yang terkenal dengan mata air panasnya.
Kawah itu, sebuah kaldera gunung berapi aktif seluas 128 kilometer persegi, merupakan destinasi pelancongan geoterma popular yang terletak di dalam kawasan Taman Pelancongan Kawah Bumi, sebahagian daripada Taman Nasional Bukit Barisan Selatan di Suoh, Lampung Barat.
"Letusan itu menyebabkan panik dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Mujurlah, tiada kemalangan jiwa dan keadaan beransur-ansur stabil," kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari.
Beliau menyatakan bahawa ini adalah letusan pertama Kawah Nirwana dalam tempoh 91 tahun, dengan yang terakhir berlaku pada 1933.
"Letusan pertama mengeluarkan pasir, letusan kedua mengeluarkan lava dan letusan ketiga memuntahkan asap hitam tebal. Letusan itu diiringi dengan bunyi letupan kuat yang dapat didengar beberapa kilometer jauhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Kawah Nirwana, yang sering dibandingkan dengan Tasik Yellowstone di barat laut, Wyoming, Amerika Syarikat, mengalami peningkatan suhu dan kemunculan batu-batu kecil selepas letusan, menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan letusan selanjutnya.
"Pasukan pakar sedang menyiasat letusan itu. Maklumat terkini mengenai analisis dan keadaan terbaru akan diberikan apabila tersedia," tambah Abdul Muhari.
Laporan media tempatan menyebut bahawa aktiviti pelancongan dan pertanian telah dihentikan berikutan letusan itu dengan kumpulan awan mencapai ketinggian 25 meter.
Indonesia dengan kira-kira 127 gunung berapi aktif, adalah sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik dan sering mengalami aktiviti gunung berapi dan gempa bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawah nirwana
#Sumatera Barat
#gunung berapi
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan