MALAYSIA
Kawalan kendiri penting bagi elak kluster baharu - Lee Lam Thye
Usaha itu hanya berjaya jika pengusaha dan pengguna mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) sepenuhnya - Foto Ikatan Komuniti Selamat
KUALA LUMPUR: Masyarakat seharusnya mengutamakan kawalan pergerakan kendiri bagi mengekang penularan COVID-19 dan wujudnya kluster baharu susulan pembukaan semula 11 sektor ekonomi untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa pada Isnin.
Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, usaha itu hanya akan berjaya jika pengusaha dan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.
"Saya anggap kawalan kendiri ini adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak apabila seseorang itu diberi kebenaran sama ada iaitu pihak konsumer, pihak pengguna ataupun pihak operator pengusaha.
"Jadi kedua-dua pihak ada tanggungjawab untuk memastikan peraturan kendiri untuk memastikan bahasa semua SOP itu dapat diamalkan dan dilaksanakan dijalankan dengan berkesan," katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.
Sementara itu, bagi aktiviti riadah pula, beliau difahamkan bahawa masih ada sebahagian taman rekreasi yang masih belum dapat dibuka tanpa ada alasan yang kukuh.
"Saya amat berharap bahawa semua taman rekreasi boleh dibuka atas syarat bagi sesiapa yang mengunjungi taman rekreasi tersebut akan mematuhi pada SOP.
"Pihak berkuasa, juga sudah boleh menugaskan anggotanya ke lokasi-lokasi tersebut untuk mengawal dan memastikan semua SOP dapat dilaksanakan," katanya.
Lee turut menegaskan, selain daripada dua aspek berkenaan, penerusan program vaksinasi adalah sangat penting untuk menentukan pemulihan aktiviti ekonomi negara.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengkaji semula dari semasa ke semasa bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar lebih banyak aktiviti boleh dilaksanakan kembali bagi memulihkan kembali ekonomi negara sepenuhnya.

#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#ekonomi
#Lee Lam Thye
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#program vaksinasi
#SOP