Skip to main content

Malaysia

Kawalan ketat aktiviti pencampuran minyak, kukuh keyakinan pemain industri

Kawalan ketat terhadap aktiviti pencampuran (blending) minyak penting bagi memastikan integriti rantaian bekalan petroleum negara terus terpelihara, selain mengekalkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap Malaysia.
Kawalan ketat terhadap aktiviti pencampuran (blending) minyak penting bagi memastikan integriti rantaian bekalan petroleum negara terus terpelihara, selain mengekalkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap Malaysia.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kawalan ketat terhadap aktiviti pencampuran (blending) minyak penting bagi memastikan integriti rantaian bekalan petroleum negara terus terpelihara, selain mengekalkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap Malaysia.

Pakar dasar dan undang-undang maritim, kastam serta perdagangan rentas sempadan, Madzli Harun berkata, semua aktiviti pengimportan, penyimpanan, pencampuran dan pengeksportan semula minyak perlu dilaksanakan mengikut skop lesen serta syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Pengendali perlu memastikan kelulusan bertulis diperoleh apabila diwajibkan, selain memastikan semua aktiviti direkodkan dengan tepat,” katanya dalam satu kenyataan selepas  forum anjuran Maritime Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Beliau menambah, dokumentasi yang lengkap dan tepat juga penting bagi mengesahkan kuantiti, pergerakan kargo serta spesifikasi produk.

Ia sekali gus mengelakkan pertikaian berkaitan pengisytiharan barangan dan percukaian, ujarnya.

Sementara itu, pakar industri maritim, Nazery Khalid berpandangan, kelemahan dalam aspek dokumentasi, pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja berisiko menjejaskan keselamatan serta alam sekitar, malah boleh menghakis keyakinan pemain industri dan rakan dagang antarabangsa.

“Sekiranya situasi ini tidak ditangani dengan segera dan menyeluruh, ia boleh menjejaskan keyakinan umum terhadap integriti industri yang terbabit serta merosakkan imej negara di persada antarabangsa,” katanya dalam kenyataan sama.

Ujarnya lagi, ketepatan dokumen kargo termasuk bil muatan dan manifes perlu bagi mencegah salah laku, selain memastikan Malaysia terus dikenali sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai.

 

Must Watch Video

Advertisement