MALAYSIA
Kawalan sempadan diperkukuh kekang penyeludupan - KPN
Mohd Khalid bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program Perhimpunan Khas Pegawai Awam sempena Hari Polis ke-218 di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan di sempadan Kelantan-Thailand akan terus diperkukuh bagi mengekang kegiatan penyeludupan.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan kawalan yang lebih berkesan.
"Saya percaya dan yakin Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat telah menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan banyak perkara dapat diselesaikan.
"Insya-Allah menerusi kerjasama semua agensi, kita dapat memperkukuh lagi tindakan membanteras isu-isu penyeludupan dan sebagainya di sempadan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-17 sempena sambutan Hari Polis ke-218 di sini hari ini.
Beliau berkata lawatan rasmi ke Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi meninjau sendiri operasi di kawasan sempadan, termasuk isu premis tidak berlesen yang dikenal pasti beroperasi secara haram.
"Kita percaya penguatkuasaan yang dijalankan PDRM Kelantan kini berada pada tahap baik dan usaha ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PDRM memberi jaminan kawalan sempadan Kelantan-Thailand akan terus diperkukuh bagi membanteras kegiatan penyeludupan, dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.
- Ketua Polis Negara yakin penguatkuasaan di Kelantan berada pada tahap baik, dan lawatan rasmi ke negeri itu akan dilakukan untuk meninjau operasi serta isu premis haram.
- Usaha memperkukuh kawalan sempadan akan dipertingkatkan secara berterusan, demi memastikan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan.