awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
AADK perlu pendekatan bersepadu tangani ancaman dadah baharu
MALAYSIA
Kes SRC International: Najib lepas tanpa bebas
BISNES
Kerajaan tidak akan kembalikan GST buat masa ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kawalan sempadan: KDN pertimbang semua cadangan termasuk pembinaan tembok

Bernama
Bernama
19/06/2025
21:00 MYT
Kawalan sempadan: KDN pertimbang semua cadangan termasuk pembinaan tembok
Shamsul Anuar bercakap pada sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Rasmi di Kota Bharu, pada Khamis. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti pelbagai cadangan untuk memperkukuh kawalan sempadan negara, termasuk syor pembinaan tembok di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan yang berisiko tinggi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, aspek keselamatan sempadan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan memandangkan sering menjadi laluan penyeludupan termasuk dadah serta berpotensi mengundang ancaman keselamatan lain jika tidak dikawal dengan rapi.
"Kita beri keutamaan penuh kepada kawalan sempadan. Jika sempadan tidak dikawal, bukan sahaja soal penyeludupan dadah boleh berlaku, malah insiden lebih serius juga boleh tercetus," katanya dalam sidang media selepas Program Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), di sini, pada malam Khamis.
Shamsul Anuar berkata, KDN bersama agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguat kuasa sempadan lain, meneliti maklumat risikan semasa bagi mengenal pasti lokasi yang memerlukan tumpuan kawalan termasuk pemasangan peralatan pemantauan atau pembinaan struktur keselamatan.
"Kita ambil kira semua cadangan yang dikemukakan termasuk pembinaan tembok, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), serta pendekatan teknologi lain. Semua ini dalam pertimbangan dan tindakan akan diambil mengikut keperluan dan lokaliti," katanya.
Beliau berkata, langkah-langkah kawalan sempadan tidak hanya tertumpu di lokasi tertentu sebaliknya dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan seluruh negara berdasarkan tahap risiko dan ancaman.
"Yang penting bagi kita adalah memastikan sempadan negara benar-benar selamat, terkawal dan tidak mudah diceroboh," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas sama ada Malaysia akan memasang CCTV di sempadan negara seperti yang dilaksanakan di Thailand, Shamsul Anuar berkata, semua cadangan berkaitan keselamatan sempadan sedang dalam perhatian serius kerajaan.
Pada 11 Jun lepas, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata, pembinaan tembok atau pagar kekal di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand disifatkan sebagai penyelesaian paling berkesan dalam membanteras kegiatan penyeludupan di negeri ini.
Mohd Yusoff berkata, sempadan sepanjang 45 kilometer itu terlalu terbuka, sekali gus menyukarkan kawalan secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#PDRM
#CCTV
#Sempadan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami