MALAYSIA

Kawasan belukar berhampiran UiTM Puncak Perdana terbakar

Astro Awani 29/10/2025 | 11:30 MYT
Menerusi visual dikongsikan di media sosial, kebakaran dilihat merebak dengan asap tebal menyelubungi langit. - Gambar media sosial
KUALA LUMPUR: Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan belukar berhampiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana hari ini.

Menerusi visual dikongsikan di media sosial, kebakaran dilihat merebak dengan asap tebal menyelubungi langit.

Berdasarkan visual dikongsikan, beberapa jentera bomba juga dilihat sedang menuju ke lokasi kebakaran.

Bagaimanapun setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Astro AWANI masih sedang cuba mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai insiden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

BERITA LANJUT MENYUSUL






#kebakaran #media sosial #UiTM #JBPM