Kawasan belukar seluas empat hektar terbakar

Astro Awani
Februari 17, 2014 01:39 MYT
Penduduk sekitar Sering Ukay berdekatan Ampang cemas selepas kawasan belukar seluas kira-kira empat hektar di Jalan SU 2B tiba-tiba terbakar malam tadi.
Bagaimanapun kejadian sekitar jam 9 malam itu tidak membabitkan rumah berdekatan kerana pasukan bomba dan penyelamat sempat mengawal kebakaran.
Seramai 20 pegawai serta anggota daripada tiga balai dikejarkan dalam operasi itu dan api berjaya dikawal dalam tempoh sejam.
Tiada mangsa atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Klik untuk berita selanjutnya.
#Ampang #belukar terbakar #Sering Ukay