awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan insiden kebocoran gas butana disahkan selamat

Bernama
Bernama
23/09/2025
11:45 MYT
Kawasan insiden kebocoran gas butana disahkan selamat
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata, bacaan alat pengesan gas yang dipasang oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas di lapan lokasi tengah hari tadi menunjukkan bacaan sifar. - BERNAMA
CHUKAI: Keadaan di sekitar kawasan Petronas Gas Berhad (PGB) di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kerteh, dekat sini yang dilaporkan berlaku insiden kebocoran gas butana, kini disahkan terkawal dan selamat sepenuhnya.

Ringkasan AI
  • Polis sahkan insiden kebocoran gas butana di tapak ECRL Kerteh kini terkawal dengan bacaan sifar pada semua alat pengesan.
  • 21 penghuni Pusat Tahfiz Al-Muqarabbin dibenarkan pulang semula selepas dipindahkan sebelum ini.
  • Pihak berkuasa teruskan pemantauan dan orang ramai diingatkan patuhi arahan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata, bacaan alat pengesan gas yang dipasang oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas di lapan lokasi tengah hari tadi menunjukkan bacaan sifar.
Susulan itu, polis membenarkan 21 penghuni Pusat Tahfiz Al-Muqarabbin di Kerteh yang dipindahkan ke lokasi lebih selamat pada Ahad lepas kembali ke madrasah untuk meneruskan aktiviti seperti biasa.
"Setakat 12 tengah hari tadi, semua 'detector' mencatatkan bacaan sifar termasuk di kawasan berhampiran terowong.
"Dengan itu, situasi semasa disahkan terkawal dan selamat. Masyarakat sekitar tidak perlu bimbang dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Razi berkata pihak berkuasa masih meneruskan pemantauan di lokasi kejadian untuk tempoh tertentu.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan terbabit serta sentiasa mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebocoran gas butana
#selamat
#Polis Daerah Kemaman
#Petronas Gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan