YAN: Kawasan berisiko bencana di seluruh negara bakal dilengkapi sistem amaran awal (EWS) sebagai persediaan berdepan tragedi sekali gus mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan kerosakan yang berlaku di kawasan bencana seperti tragedi kepala air Titi Hayun, berulang termasuk di kawasan berisiko lain.
"Kerajaan perlu mengambil langkah penyelesaian, pada masa sama mengelakkan risiko perkara seumpama ini berulang di kawasan ini (Jerai Geopark) atau kawasan lain yang berisiko di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Aliran Puing bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun di sini pada Ahad.
Hadir sama, Exco Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee.
Jelasnya, sistem amaran awal ini dibina bukan sahaja di Jerai Geopark, namun kawasan lain yang turut dikenal pasti risiko berlaku bencana.
"Tadi saya mendengar taklimat bahawa sebelum ini, di Sabah misalnya telah berlaku bencana alam yang teruk pada tahun 1996 yang menyebabkan ratusan nyawa telah hilang.
"...malahan di Lembah Klang pun banyak berlaku tanah runtuh dan sebagainya..
"Jadi kita tidak mahu perkara ini akan berlaku lagi dalam negara kita demi untuk kesejahteraan dan juga keselamatan rakyat kita," jelasnya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi yang akan dilengkapi dengan sistem amaran awal, namun memberitahu ia bergantung kepada keperluan seperti digariskan Jabatan Mineral dan Geosains.
"Misalnya ada satu tempat yang pihak pakar beritahu ada risiko dan sebagainya, mungkin itu akan menjadi keutamaan kita," katanya.
Beliau dalam masa turut berada di lokasi ketika sistem amaran awal tersebut diuji bagi mengesan tahap pengoperasian dan pelaksanaannya merangkumi radius sehingga 1,500 meter.
Dalam program sama, Takiyuddin turut menyertai penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok di Titi Hayun.
Dalam kejadian tragedi kepala air Gunung Jerai 18 Ogos lalu, enam nyawa terkorban dan lebih 1,000 keluarga terjejas di daerah Kuala Muda dan Yan setelah rumah kediaman dipenuhi banjir lumpur dan dilanda sisa batang pokok akibat arus deras dari kawasan Gunung Jerai. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022
Takiyuddin (empat dari kanan) mendengar taklimat semasa hadir ke lokasi tragedi kepala air Titi Hayun Yan Kedah pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
KKM perkukuh Pelan Pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama - Dr Dzulkefly
Lima strategi utama ialah pengesanan awal; TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko; dan pendigitalan sistem kesihatan.
MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami, siren berbunyi dikhuatiri masalah teknikal
MetMalaysia memaklumkan kejadian siren SAATNM berbunyi di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, dikhuatiri kerana masalah teknikal.
Sistem amaran awal banjir glasier di India alami kelewatan
Sistem amaran awal banjir glasier sudah digunakan di China, Nepal, Pakistan dan Bhutan susulan perubahan iklim melonjakkan risiko banjir.
RMK12: Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan hujung tahun ini - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan bencana banjir dan tanah runtuh yang sering kali berlaku.
Pengurusan risiko tanah runtuh: UM, Pintas Utama jalin kerjasama inovasi cerun gentian optik
UM dengan kerjasama syarikat kepakaran kejuruteraan awam, Pintas Utama membangunkan sistem pemantauan cerun berasaskan gentian optik sebagai kesiapsiagaan pengurusan risiko tanah runtuh.
Perak timbang pasang lebih banyak sistem amaran awal bencana di taman ekorimba
Sebagai permulaan, sistem itu akan dipasang di Taman Ekorimba Lata Iskandar dan Kledang Saiong.
Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.
Kawasan risiko bencana akan dilengkapi sistem amaran awal
Langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan kerosakan yang berlaku di kawasan bencana seperti tragedi kepala air Titi Hayun, berulang.
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.
KKKM cadang bina platform tinggi di 1,000 menara telekomunikasi terkesan banjir
Ia bagi memastikan kerosakan dapat dikurangkan dan perhubungan telekomunikasi tidak terputus terutamanya ketika banjir.